Categories: Oh Lawa

Inilah Tip Paling Berkesan Untuk Menanggalkan Makeup, Menurut Pakar Kecantikan Patrick Starr

Memakai makeup memang best. Dengan cara yang betul, kita bukan saja boleh menutupi cela di wajah, malah kita boleh transform menjadi versi diri kita yang baru.

Tapi bila dah seronok dan pakai tebal-tebal, jangan lupa untuk tanggalkannya, ya; terutama sekali sebelum tidur. Maklumlah, kulit kita perlu berehat dan bernafas juga.

Anda perlu tahu yang sekadar mencuci muka dengan cleanser atau pencuci muka biasa takkan pernah cukup untuk betul-betul menanggalkan kesemua makeup anda, selicin-licinnya.

Sebaliknya, anda mesti pakai produk atau alat yang betul-betul bertujuan untuk menanggalkan makeup, seperti cecair Makeup Remover dan Cleansing Wipes.

Selalunya kita akan gunakan salah satu daripadanya saja. Jika muka anda hanya diliputi dengan satu lapisan foundation saja, bolehlah.

Tapi kalau proses memakai makeup anda pun mengambil masa 2 jam dan muka anda disapu bukan saja dengan foundation, tapi juga primer, setting spray, concealerpowder dan blush, macam mana? Tak ke mencabar nak tanggalkannya semua?

Bagi makeup guru Patrick Starr, senang saja. Daripada tonyoh muka anda dengan makeup remover atau wet wipes, kenapa tak gunakan kedua-dua produk ini sekali? Gerenti ia lebih mujarab. 

Foto: MAC

“Saya akan ambil tisu yang menanggalkan makeup dan tuangkan sedikit cleansing oil ke atasnya. Sekarang ia dah jadi penanggal makeup yang bekerja dua kali lebih kuat,” kata Patrick kepada Popsugar.

“Dengan menggunakan cara ini juga, anda takkan kotorkan singki anda dengan makeup dan minyak daripada apabila anda membilas dengan air.” Betul juga!

Patrick mencadangkan anda menggunakan produk yang lembut untuk kulit terutamanya di sekeliling mata.

Genius, kan? Lain kali anda nak tanggalkan makeup, cubalah cara ini!

Sumber: Popsugar

Ad Ops