‘Kalau Orang Lain Boleh, Kenapa Tidak Saya?’…Delimawati Akhirnya Buka Mulut

Kalau dulu korang hanya berpeluang menonton Hantu Kak Limah di layar perak, kini filem arahan Mamat Khalid itu bakal dibawa ke pentas teater pula.

Teater Muzikal Hantu Kak Limah bakal dipentaskan di Malaysia Animation Park Studios (MAPS), Ipoh yang turut dibintangi oleh teraju utama, Delimawati.

“ Ini merupakan pertama kali saya berlakon teater. Saya cabar diri demi peminat untuk lakukan hal yang saya tidak pernah lakukan.

“ Saya sudah 30 tahun dalam industri hiburan… Inilah kali pertama ditawarkan berlakon teater. Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh?” katanya kepada xtra.com.

Ketika ditanya sama-ada beliau akan menerima tawaran sekiranya ada sambungan untuk HKL di layar perak, Delimawati memberitahu perlu berfikir dua kali.

“ Kalau produksi sama yang menghasilkan sambungan filem HKL, saya akan tengok kepada bayaran. Bukan saya nak menuntut atau ‘demand’, tetapi ini sajalah periuk nasi saya.

“Bukan nak banyak sangat (bonus) tetapi biarlah berbaloi dengan kerja keras dan usaha kita,” katanya ringkas.

Sebelum ini, pelakon Hantu Kak Limah (HKL), Datuk Awie membangkitkan isu bonus yang dikatakan tidak setimpal dengan kutipan yang diterima oleh pihak produksi.

Filem Kak Limah yang dihasilkan sejak lapan tahun lalu mengangkat nama Delimawati kembali dalam industri lakonan. 

 

SGMS Faida