Drama Sangat Tour 2018 Melabuhkan Tirainya di Tiga Buah Lokasi Ini

Pastinya Drama Sangat Tour (DST 2018) telahpun sampai di destinasinya yang terakhir. Setelah selesai lokasi kedua di zon selatan iaitu merangkumi negeri Johor Bahru dan Negeri Sembilan Oktober lalu, kali ini secara eksklusif Drama Sangat Tour akan ke lokasi Kedah, Pulau Pinang dan Ipoh untuk membawa para selebriti daripada drama-drama hebat terbitan TV3 untuk bertemu dan beramah mesra bersama artis kesayangan mereka.

Antara selebriti yang terlibat sepanjang DST 2018 kali ini adalah, Kamal Adli, Julia Farhana, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Fadhlan Hazim dan Siti Saleha.

Menariknya, DST  kali ini bukan sahaja memberi peluang kepada selebriti bertemu peminat secara langsung tetapi, mereka juga turut diminta untuk terlibat dalam aktiviti tradisonal seperti, Kocak Ikan, Tarik Upih, Tembak Bulan, Boling Kelapa,Canting Batik dan Bola Sepak Sarong. Malah, kesemua krew dan selebriti yang terlibat dalam jelajah ini juga akan menginap di Homestay MADA Kampung Jeruju, Jerlun Kedah bersama keluarga angkat masing-masing. 

Sumber : Instagram @dramasangat

Wah, bukan main lagi seronok artis-artis kita ni kan? 

Tapi, yang penting adalah hubungan silaturahim yang terjalin antara barisan artis kita dengan penduduk kampung Jeruju. 

Dan ini antara momen paling sebak sepanjang siri jelajah DST kali ini.

 

Semoga kita berjumpa lagi dalam siri jelajah Drama Sangat pada tahun hadapan ya!
Salma Syahbuddin