Categories: FeaturedGaya Hidup

Minum Susu Mentah Selamat Atau Tidak?

Anda pernah minum susu mentah seperti susu lembu, susu kambing mahupun susu unta? Jika pernah, mungkin lepas ini anda boleh hentikan tabiat minum susu mentah ini.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang fikir bahawa susu mentah yang baharu saja diperah daripada haiwan (lembu, kambing atau unta) lebih berkhasiat. Betul tak? 

Sebenarnya, susu mentah mengandungi bakteria yang berbahaya! Susu adalah makanan berkhasiat, namun ia boleh menjadi mudarat sekiranya terjangkit atau tercemar dengan kuman.

Foto: Porosnews : Cerdas Mengupas Fakta

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisyam, Abdullah, susu mentah tanpa perlakuan haba seperti pendidihan dan pempasteuran boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella. Jadi, anda perlu berhati-hati dan hindari minum susu mentah!

Ini kerana, susu mentah adalah salah satu daripada laluan utama perjangkitan penyakit bawaan haiwan (zoonosis) seperti tuberculosis (TB bovin) dan brucellosis iaitu dua penyakit zoonosis yang utama di Malaysia. Sebaiknya, minumlah susu yang telah diproses okay!

Berikut adalah info berkaitan mitos dan fakta tentang susu mentah yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Labuan:

Foto: Facebook

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook & Utusan Online

tex_admin