Oh Lawa By: Yanie Baharom August 31, 2018 @ 10:39pm

Koleksi 1957 By Joe Flizzow, Bikin Semangat Patriotik Membara!

Merah, biru. putih dan kuning, simbolik warna keagungan bendera Malaysia.

Bersempena meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-61 jatuh pada hari ini atau penjenamaan barunya Hari Kebangsaan, FashionValet (FV) bekerjasama dengan penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow dengan melancarkan koleksi sesuai buat lelaki dan wanita.

Foto: Fashion Valet

Koleksi ini menyuntik semangat patriotik apatah lagi menggunakan label 1957 iaitu tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan.

Berpaksi warna-warni Jalur Gemilang, rekaan ini cukup menebal dengan ciri personal style Joe yang gemar memakai hoodie, jumper, tank top, kemeja-T baseball, kemeja-T dan jogger.

Foto: Fashion Valet

Sesetengah dalam koleksi ini siap tertera tanda tangan Joe selain angka 1957 terpampang besar pada depannya. Ini adalah aura kasual gaya jalanan Joe yang tersendiri dan ianya longgar dan selesa digayakan.

Koleksi ini dijual pada harga antara RM69 sehingga RM199 dalam saiz S sehingga XXL. Anda boleh dapatkannya di laman FV atau di kedainya di Bangsar Village II, Pavilion Kuala Lumpur, IOI City Mall Putrajaya dan Publika Shopping Gallery.

    Foto: Fashion Valet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Oh Lawa Thu, 25 Jul 2019

Trend kuku kaki terlebih panjang ini menggelikan!

Klik untuk lihat gambar kaki-kaki wanita yang mengikutinya!

Featured Fri, 9 Aug 2019
Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Featured Fri, 10 Jan 2020
Featured Wed, 20 May 2020
Featured Fri, 14 Dec 2018

3 Jenis Pembedahan Plastik Yang Dijangka Akan ‘In’ Pada Tahun 2019

Tahun 2019, mungkin makin banyak klinik-klinik estetika di Malaysia.

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ini Tips Mudah Untuk Buatkan Bulu Mata Palsu Anda Nampak Natural. Tak Perlu Beli Yang Mahal!

Kalau bajet anda rendah, jangan risau! Ada tips mudah untuk buatkan bulu mata palsu yang murahan dan plastik tu, langsung tak nampak macam fake. 

Oh Lawa Tue, 5 Feb 2019

Etika pemakaian denim di pejabat yang perlu anda tahu

Elak denim berwarna luntur atau koyak!