Categories: Oh Lawa

Koleksi Raya Picks By Scha Alyahya Beri Kelainan Dan Lari Dari Gaya Konvensional Lebaran

Pada Hari Raya nanti, jika anda ingin tampil dengan gaya yang bukan sinonim dengan busana tradisi, barangkali anda ingin cuba melengkapkan rupa anda dengan koleksi H&M LTD Collection.

Ia merupakan rangkaian koleksi baru jenama gah street fashion oleh H&M yang memfokuskan kepada ceraian fesyen yang moden dan elegan buat musim panas dan bunga seperti dress labuh dan dilapisi dengan set yang fabrik yang berangin dan cool untuk wanita versatil, serta mini-me dresses dan aksesori untuk kanak-kanak.

Kunci utama untuk wanita termasuklah dress gaya kaftan yang chic, skirt statement panjang dan ruffled blouse atau top tunik dengan celana koordinat.

Terdapat juga sulaman rumit di bahagian sisi baju, cetakan berbunga yang berkilau dan berfabrik lembut serta jacquard menakjubkan.

Sejajar dengan pelancaran koleksi Raya buat pertama kali ini, jenama fesyen gergasi ini memilih selebriti Malaysia serta ikon fesyen iaitu Scha Alyahya sebagai wajah kempen Raya ini di mana dia menjadi muka untuk kedua-dua rangkaian iaitu LTD dan Summer Collection.

Foto: H&M

“Saya sebenarnya seorang peminat besar H&M. Jadi saya agak teruja pabila berpeluang untuk menjadi sebahagian dari kolaborasi istimewa ini.

“Ceraian dari koleksi LTD adalah sangat chic dan boleh digayakan dengan aksesori yang sesuai serta ia boleh dipakai tidak kira di mana-mana majlis ketika bulan perayaan nanti. Saya tidak sabar untuk berkongsi beberapa pilihan kesukaan saya dari koleksi ini kepada peminat!” kata Scha.

Raya Picks by Scha Alyahya dari H&M telah mula dijual di pasaran pada 24 Mei lalu. LTD Collection secara eksklusif berada di H&M Lot 10 dan H&M 1 Utama, manakala Summer Collection boleh didapati di semua stor H&M.

Foto: H&M

Yanie Baharom