Categories: Eat Travel

Biskut Almond London Crunchy Ini Memang Wajib Ada Pada Hari Raya Nanti, Barulah Syok!

Raya dah nak dekat, anda dah buat kuih raya? Jenis yang macam mana yang anda suka? Kalau penulis, suka sangat kuih raya Almond London. Setiap tahun pasti akan buat sendiri, bukannya susah pun!

Bagi anda yang masih belum buat biskut raya, jom kita buat Almond London. Gerenti sedap kalau anda ikut resepi yang akan penulis kongsikan ini. Ini resepinya:

Bahan-bahan:

250 gram Buttercup

80 gram Gula kastor

50 gram Serbuk badam

160 gram Tepung jagung

350 gram Tepung gandum

1 tspn Tepung beras

1 biji Telur

250 gram Kacang almond

250 gram Coklat

50 gram badam dicincang

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga sebati, lalu masukkan telur.

2. Masukkan pula tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, dan uli hingga menjadi doh lembut.

3. Kemudian, balutkan almond yang sudah dibakar dengan doh tadi.

4. Apabila sudah siap, bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 30 minit.

5. Sementara itu, anda boleh cairkan coklat bersama sedikit butter. Kemudian, celupkan dengan kuih yang sudah anda bakar tadi.

6. Taburkan badam cincang. Siap!

Anda boleh saksikan video resepi ini untuk lebih jelas lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Seminit Resepi

tex_admin