Categories: Oh Lawa

Mahu Banggakan Malaysia-Indonesia, Nurul Shamsul Gementar Hadapi Ogos

Impian untuk melihat wanita Melayu beragama Islam melakar sejarah sebagai Miss Malaysia, Miss World atau Miss Universe sama sekali tak akan pernah berlaku sejak pengharamannya dilakukannya seperti diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira adalah peserta Melayu terakhir yang berpeluang menyertai pertandingan ini  sekaligus membawa pulang gelaran Miss Malaysia 1992.

Meski kecantikan wanita Melayu yang sememangnya unik tidak bisa dipertontonkan kepada dunia atau sekurang-kurangnya memberitahu kepada dunia bahawa wanita Melayu itu mempunyai kecantikan tersendiri, namun orang Melayu harus akur kerana dari sudut pandang Islam perbuatan itu haram dan berdosa.

Foto: bersamaerrafc

Namun apakah setelah kejayaan Nurul Shamsul, gadis berhijab berdarah Melayu Malaysia yang berjaya memasuki pusingan akhir di Miss Universe New Zealand, bakal membuka ruang semula buat wanita Melayu untuk bersaing di  dalam pertandingan seumpama ini?

Walau bagaimanapun kisah Nurul ini sangat menarik dan menjadi perhatian media massa tempatan sekitar Jun lalu ekoran kejayaannya memecah rekod ke peringkat akhir, bahkan cukup membanggakan kerana menjadi gadis Melayu pertama yang berjaya sehingga ke peringkat itu.

 “Sebagai seorang gadis berhijab, saya menjadi yang pertama di New Zealand yang berjaya sampai di peringkat akhir dan antara yang pertama di dalam dunia berjaya melakukannya. Saya harap dengan peluang ini dapat memecahkan sempadan dan stereotaip.

“Saya berharap saya dapat membanggakan rakyat di negara kelahiran kedua orang tua saya iaitu Malaysia dan Indonesia pada pusingan akhir Miss Universe New Zealand bakal berlangsung pada 4 Ogos depan. Sekaligus mempersembahkan kecantikan dan kebikjasaan wanita Melayu Islam melalui imej yang sopan.

“Persiapan yang dilakukan lebih kepada meningkatkan lagi pengetahuan am mengenai topik wanita, isu semasa dan global,” katanya berdebar menanti Ogos.

Foto: Astro Awani

Menyingkap pembabitan wanita berhijab di dalam pertandingan ini ternyata Nurul bukanlah yang pertama, namun Nurul Shamsul berjaya melakar sejarah pabila menjadi wanita Melayu pertama yang memasuki pusingan akhir pertandingan itu.

Pelajar yang menetap di New Zealand berusia 20 tahun yang mana merupakan berketurunan Malaysia dan Indonesia ini sempat memuat naik menulis di akaun Instagramnya pada bulan lalu yang mana menyatakan rasa gembiranya pabila diumumkan berjaya memasuki peringkat akhir Miss Universe New Zealand.

Nurul dilahir dan dibesarkan di New Zealand kini menyambung pelajaran di University of Waikato di bahagian North Island negara itu. Biarpun sudah lama berada di sana, Nurul tidak pernah melupakan akar umbinya.

Satu entri yang dimuat naik olehnya menerusi laman Instagram, Nurul memaparkan gambar dirinya bersama teman berserta bendera Malaysia dengan kapsyen “Ia amat penting untuk kita sentiasa tahu siapa kita dan dari mana asalnya kita. Be proud of all that you are.”

Foto: today.line.me

Yanie Baharom