Oh Lawa By: Ad Ops October 8, 2018 @ 5:00pm

Mencukur Bulu Muka Boleh Buat Makeup Nampak Lebih Perfect, Tapi Apakah Keburukannya?

Sudah menjadi satu tip kecantikan yang dipercayai di mana golongan wanita mencukur bulu kulit muka mereka supaya ia berasa lebih licin dan halus. Apabila solekan dikenakan, rupa mereka memang akan nampak lagi perfect.

Pengasas barangan makeup Huda Beauty, Huda Kattan, siap buat video lagi untuk mengajar macam mana nak cukur. Ekoran daripada itu, ramai wanita dah mengikuti dan mengamalkan tip ini.

Tapi betul ke tindakan ini boleh mewujudkan perubahan yang begitu ketara? Jom tanya pakar kulit dan jurusolek untuk dapatkan kebenaran.

Foto: Huda Beauty

Menurut Joshua Zeichner, pengarah kajian kulit di Mount Sinai Hospital di New York, mencukur boleh menghapuskan vellus hair (bulu-bulu halus yang menutupi tubuh). Ini membenarkan makeup untuk disapu dengan lebih licin.

“Ia sama juga macam teknik peeling untuk kecantikan. Dengan menyebabkan kerosakan halus pada kulit dan membenarkannya pulih, ia juga menggalakan pertumbuhan kolagen.

Ada keburukannya!

Tapi jangan keluarkan pencukur dan krim cukur lagi! Ada sesetengah makeup artist yang tak suka idea ini.

Kata Molly Stern, seorang jurusolek yang pernah bekerja dengan Reese Witherspoon, “Mencukur boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang tumbuh ke dalam (ingrown hair). Ini pula akan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Jurusolek Ashleigh Ciucci pula setuju yang mencukur bulu kulit muka memang berfaedah. Ini adalah kerana sebelum ini dia pernah menyolek muka yang penuh dengan rambut halus hingga susah untuk makeup nak blend dengan kulit.

Walau bagaimanapun, dia tak setuju dengan mencukur untuk membuang rambut. Dia lebih cadangkan anda gunakan teknik waxing “kerana setiap muka mempunyai kulit yang berlainan, jadi anda tak tahu apa hasilnya nanti.

“Jika anda ada kulit sensitif, anda boleh terluka. Jika rambut itu kasar, ada kemungkinan besar yang ia akan nampak lebih ketara apabila ia tumbuh semula.”

Foto: Alamy

Itulah masalahnya. Sekali anda cukur, anda kena betul-betul komited kerana besar kemungkinan anda perlu ulanginya untuk jangka masa panjang.

“Ini bukannya trend untuk semua orang kerana ia perlukan ‘penyelenggaraan’ berterusan,” kata Rachel Nazarian, seorang pakar kulit di New York.

“Setiap kali anda mencukur, rambut baru ini akan tumbuh dengan lebih tebal kerana ia sangat ‘fresh’.” Jadi kenalah selalu cukur. 

Terpulanglah kepada anda sama ada anda sanggup atau tak. Semuanya semata-mata untuk mendapatkan rupa makeup yang flawless.

Sumber: Allure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 23 Oct 2019

9 busana elegan yang Kate Middleton pakai sepanjang lawatannya ke Pakistan

Jarang kita dapat lihat Kate tampil dengan fesyen yang berunsur Asia.

Oh Lawa Wed, 31 Oct 2018
Featured Mon, 9 Mar 2020

Beg rotan, aksesori klasik moden serlahkan si pemakai

Gaya kontemporari pikat mata memandang

Featured Fri, 6 Mar 2020

Mahu kening bayi cantik bila besar, ikuti panduan ini

Mudah sahaja, lagipun guna bahan semula jadi

Oh Lawa Thu, 22 Feb 2018

Tak Perlu Beli Pencuci Khas Untuk Berus Make Up Anda! Hanya Guna Tiga Bahan Ini

Setelah berjaya mekap muka anda sampai flawless, jangan lupa pula untuk jaga aksesori mekap anda, termasuklah berus foundation.

Featured Tue, 28 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 22 Jul 2019

Tous luaskan pengaruh di Asia menerusi kerjasama Habib Group

Jenama pengeluar barang kemas ini berasal dari Sepanyol.

Oh Lawa Mon, 29 Jul 2019

7 panduan ketika membeli krim pelindung matahari

Yang mahal tak semestinya dwi efektif!

Oh Lawa Wed, 24 Apr 2019

Makanan jadi bahan lukisan rekaan fesyen, kreatif betul!

Seni boleh dihasilkan dengan apa jua bahan.

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018