Categories: Oh Lawa

Selepas Bob, Potongan Undercut Terbaru Selena Gomez Pula Bakal Jadi Trend

Selain gelarannya sebagai Ratu Instagram dengan jumlah followers paling ramai iaitu 136 juta , Selena Gomez juga dikenali dengan tabiatnya yang gemar menukar stail rambutnya tanpa mengikut trend. She’s a trendsetter!

Jika sebelum ini Selena pernah bermain dengan fesyen rambut berpotongan Bob, Lob, Bangs, dan juga rona perang, kini penyanyi sedang hangat dengan lagu Marshmello itu tampil dengan potongan yang lebih segar dan baru yakni potongan Undercut.

Berkongsi fesyen rambut terbarunya itu melalui Instagram, Selena yang kini berada di Jerman untuk kolaborasinya bersama Puma memikat hati ramai dengan pilihannya kali ini.

Foto yang dikongsikan Selena itu menunjukkan rambutnya kemas ditocang di mana potongan sama turut digayakan oleh penggaya rambut kegemarannya, Marissa Marino.

Foto: Hollywood Gossip

“My girl #selenagomez at it again…she loves to keep me on my toes! Thanks @timduenashair for making her undercut dreams come true!”

Apa pula yang bakal dilakukan oleh Selena selepas ini kepada rambutnya? Pixie? Potongan buzz? Rona liar? We will just have to see.

Sumber: Glam

Yanie Baharom