Setuju atau tidak, kecantikan yang dipaparkan wanita era teknologi masa kini tidak bersifat realiti?
Barangkali ramai yang menyangkal dakwaan itu, namun ini hujahnya!
Tanya kepada diri anda, berapa banyak gambar atau foto yang anda muat naik di laman sosial Instagram, Facebook dan Twitter, adalah asli tanpa menggunakan teknologi penapis (filter)?
Dalam hal ini lelaki dikecualikan biarpun sebilangan kecil turut obses menggunakan aplikasi suntingan wajah.
Bagaimanapun, bagi sebilangan besar wanita adalah satu kemestian meskipun si pengguna sememangnya sudah sedia cantik.
Siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dalam gambar?
Oleh itu, aplikasi suntingan wajah dan penggunaan penapis yang terdapat dalam iPhone mahupun Android antara alat kecantikan ‘segera’ yang membuatkan penampilan dalam gambar swafoto anda kelihatan wow!
Jom kita tengok aplikasi suntingan wajah paling popular digunakan sekali gus membuatkan ramai terpukau saat melihat foto yang menghiasi entri media sosial anda!
Kuasa untuk menghilangkan kesan kedutan, memutihkan gigi, menutup bahagian botak pada kepala serta menghilangkan jerawat yang sedang bermaharajalela hanya dengan FaceTune, malah ia juga mampu menampakkan raut wajah yang lebih runcing, badan lebih ramping dan kelihatan lebih tinggi.
Aplikasi ini menjanjikan wajah bebas jerawat, kedutan dan menegangkan kawasan mata serta memutihkan gigi. Macam iklan dalam tv itu!
Bersedialah untuk wajah anda dihakimi. Aplikasi ini akan mula mengimbas wajah anda dan markah akan diberikan. Selepas itu, bolehlah anda muat naik gambar dalam media sosial.
BeautyPlus akan menghilangkan akne, menjadikan anda kelihatan lebih tinggi dan langsing serta menjadikan mata lebih cerah berbanding aplikasi kecantikan lain. Nak cerahkan kulit pun boleh!
Siapa yang mampu melakukan botoks dan melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik dalam dua minit? Tentulah moreBeaute2! Tetapi hanya aplikasi saja ya.
Nak cantik macam model majalah? Muat turun aplikasi CreamCam untuk tampak cerah dan mulus.
Aplikasi YouCam Perfect boleh menghilangkan cela wajah, membentuk hidung dan wajah, menjadikan anda lebih tinggi dan apa sahaja agar foto anda cun melecun!
Inilah aplikasi “one-tap makeover solution” untuk anda si ratu swafoto. Raut wajah anda menjadi lebih cantik hanya dengan sentuhan kreatif yang penuh angan-angan sehingga ada rakan anda sendiri tidak mengenali. Magik kan!
Dengan kamera pandang-depan, swafoto mudah dirakam hanya dengan menyentuh di mana saja bahagian skrin.
Diperhebatkan dengan 64 penapis direka khusus untuk kaki swafoto, satu lagi kehebatannya adalah pemfokusan lembut tanpa perlu persediaan sebelumnya. Membuatkan wajah anda kelihatan sempurna tanpa kesan suntingan melampau.
Sumber: Nona
min dah translatekan
Wow! Tahniah Cik B. Cik B anak DSV yang hebat👏👏👏👏
Moga FH dipermudahkan urusan dan kembali sihat seperti sediakala!💪💪💪
Allahuakbar, kenapa pemain bola sepak kita banyak kena serang ni? 🥹