Categories: Oh Lawa

STAILOZ, Inner Tudung Dengan Teknologi ‘Titan Tech’ Yang Memberi Kebaikan Pada Tubuh

Melakar nama sebagai fesyen tempatan untuk pakaian ‘couture’ di bawah label Kapas dan pakaian lelaki Muslim kontemporari ini, Kem Salleh mengembangkan kemahirannya dengan mencipta ssatu lagi jenama fesyen berteknologi tinggi, STAILOZ™ khusus untuk golongan wanita muslimah.

Memfokuskan pembuatan anak tudung, namun istimewanya jenama ini memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh si pemakai selaras dengan tagline “hidup menjadi lebih baik dengan STAILOZ™.”

Foto: Stailoz

Dengan hanya kurang daripada setahun, jenama ini telah mencapai kejayaan yang luar biasa sejak ia dilancarkan. Ribuan wanita Muslimah telah memakai anak tudung titan tech yang tampil dengan penggunaan versatil serta pelbagai kebaikan.

Titan Tech berfungsi untuk menstabilkan arus Bio-elektrik di dalam badan anda dengan pakaian harian yang lebih selesa.

“Kelebihan saya sebagai seorang pereka ialah berupaya mereka fesyen yang menjadi trend tetapi dengan STAILOZ™, ia merupakan ruang untuk saya bereksperimentasi dalam menjadikan fesyen seiring dengan gaya hidup sihat.

Foto: Stailoz

Foto: Stailoz

“Suntikan elemen kesihatan dalam fesyen, sudah tentu ia berjaya menambat hati mereka di luar sana yang inginkan fesyen yang bermanfaat terhadap tubuh si pemakai.”

“Di samping itu, saya amat teruja bercerita tentang potensi STAILOZ™ di mana dalam arus pemodenan yang kian deras ini, kesihatan merupakan kekayaan dan amat penting untuk kita melabur untuk pakaian yang berkualiti.

“Pada masa yang sama menyerlahkan keterampilan diri terutamanya di Malaysia, rata-rata wanita berhijab agak sukar untuk meluahkan pandangan mengenai cabaran berhijab dengan iklim panas seperti ini,” kata Kem Salleh.

Foto: Stailoz

Tambahnya lagi, senario biasa dialami wanita berhijab adalah pening kepala apabila inner terlalu ketat, bau kepam, stres, dan keguguran rambut. Semua ini memberi kesan terhadap keyakinan diri mereka.

Sebaliknya jenama ini memberi keselesaan maksima. Ini kerana, teknologi yang digunakan disokong oleh organisasi jaminan kualiti global seperti SGS dan Intertek.

Malah ia memberi jaminan kepada pelanggan di mana segala informasinya boleh dirujuk di https://www.stailoz.com/page/27/Titan-Tech/.

Yanie Baharom