Oh Lawa By: Yanie Baharom May 21, 2020 @ 12:43pm

Suara merdu dan mata bebas rabun, antara khasiat air embun yang ramai tidak tahu

Pernahkah anda mengimbau seketika dan berimaginasi, apakah rahsia kecantikan dan kesihatan individu pada masa lampau?

Tanpa sebarang penggunaan produk berjenama yang diformulasi menggunakan teknologi terkini, ada kalanya tertanya-tanya bagaimana mereka mengekalkan kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.

Hakikatnya orang dahulu, jarang ada masalah jerawat selain panjang umur tanpa penyakit tiga serangkai atau kanser, seperti orang sekarang. Ramai yang percaya, cara pemakanan orang dahulu mempengaruhi hal ini.

Antara rahsia sihat dan cantik orang lama yang perlu anda ketahui adalah, amalan air embun yang memberi banyak manfaat untuk kecantikan.

Sebut saja mengenai air embun, penulis masih ada satu rahsia yang ingin dikongsikan dan ini memang mujarab! Tetapi sebelum itu izinkan penulis menjelaskan terlebih dahulu apa itu air embun.

Foto: Purence

Air embun terjadi daripada wap air yang mengalami proses pengembunan lalu bertukar menjadi cecair. Kebiasaannya embun akan muncul pada waktu pagi. Anda boleh lihat di cermin rumah ataupun di atas daun dan ianya dipanggil proses penyulingan.

Berbeza dengan air lain, air embun mempunyai suhu yang lebih sejuk kerana mempunyai kandungan oksigen semula jadi. Air biasa hanya mengandungi kadar oksigen sebanyak 4 hingga 6 partikel per sejuta (ppm), manakala air embun mengandungi oksigen semula jadi sebanyak 14 hingga 16 ppm.

Kandungan oksigen yang tinggi di dalamnya, sekali gus memberi manfaat luar biasa bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit, malah nenek moyang kita mengambil air embun untuk diminum bagi kekal langsing.

Berikut merupakan beberapa manfaat air embun untuk kecantikan luaran dan dalaman.

1. Merawat mata rabun

Penulis masih ingat sekitar usia 12 tahun, selepas menjalani ujian pemeriksaan mata, penulis didapati mengalami rabun jauh.

Tetapi orang tua memang tidak menggalakkan untuk memakai kaca mata memandangkan pengalaman rabun ibu saudara yang semakin kronik setelah memakai kaca mata.

Oleh itu, pagi-pagi abah penulis akan memetik daun yang ada air embun untuk dititiskan ke dalam mata seperti menggunakan Eye Mo! Alhamdulillah,sampai sekarang mata masih baik walaupun ada rabun sikit.

2. Kekal langsing

Foto: Bukan Aku

Awal meminumnya mungkin anda akan merasakan perut sedikit memulas, tetapi jangan khuatir kerana itu disebabkan toksin dalam badan ingin ‘dibebaskan’.

Peranan air embun adalah untuk membuang racun dari dalam tubuh dan ini antara rahsia langsing orang dahulu.

3. Rambut lebih sihat

Khasiat air embun juga boleh menguatkan dan melebatkan rambut anda dengan cara air biasa diembunkan semalaman, lalu digunakan untuk membasahkan rambut dan urut kulit kepala dengan air embun setiap pagi.

4. Menghindari masalah kulit wajah

Foto: Bukan Aku

Usap air embun pada kulit yang bermasalah seperti jerawat, kulit berminyak, gatal-gatal dan penyakit kulit lainnya secara rutin dan lihatlah perubahannya.

5. Memelihara sel tubuh

Air embun juga dipercayai dapat menjaga kecantikan tubuh kita dari dalam jika diminum secara konsisten setiap pagi, sekitar jam 4 hingga 6 pagi. Air ini dapat memudahkan proses pelawasan sekali gus memelihara sel-sel kulit dan organ dalam tubuh agar tetap sihat. Tubuh jadi bersih sehingga kulit lebih merona dan tidak kusam.

6. Menyihatkan ginjal

Air embun dipercayai dapat meningkatkan daya tahan tubuh daripada pelbagai serangan virus. Air embun juga dipercaya boleh menyembuhkan penyakit ginjal.

7. Awet muda

Ingin sentiasa tampak awet muda, sebaiknya minum air embun setiap hari secara kerap. Penggunaannya sama seperti kita menggunakan air beras. Air embun juga tidak kurang hebat dalam memberikan kesihatan dan meremajakan kulit.

8. Membuat suara lebih merdu

Foto: Harian Metro

Air embun mampu membersihkan kerongkong daripada kotoran. Jika mereka yang bekerjaya sebagai penyanyi, pengacara atau penceramah, aktiviti menggunakan suara secara kerap boleh menyebabkan suara menjadi serak. Untuk memulihkannya, air embun adalah antara penyelesaiannya.

Jika anda sangsi, apa kata cuba dulu barulah tahu berkesan ke tidak!

 

Sumber: Detik Health

dan IDN Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 20 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 23 Jul 2018

26 Foto Evolusi Fesyen Karpet Merah Selena Gomez Dari Dulu Sampai Sekarang

Bila tengok perubahannya, memang dia layak digelar sebagai ikon fesyen.

Oh Lawa Thu, 30 May 2019

Elemen glam dan tradisional serlahkan gaya klasik koleksi raya Shawlpublika

Himpunan rekaan Aidilfitri 2019 cipta sejarah tersendiri

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Tip Memilih Cincin Perkahwinan Yang Everlasting!

Terlalu sibuk memikirkan hal yang lain, kadang kala bakal pengantin terlepas pandang soal pemilihan cincin perkahwinan.

Oh Lawa Thu, 29 Mar 2018

Malunya Kalau Ketiak Hitam! Ini 4 Cara Semulajadi Untuk Putihkannya Dengan Cepat

Untuk wanita yang bertudung, memanglah ketiak anda dikira aurat, tapi tak geli atau segan ke kalau ketiak anda nampak kusam dan hitam?

Featured Sun, 4 Aug 2019

Tip bergaya buat mereka yang ‘plus size,’ memang cun habis!

Tiada lagi alasan untuk tidak cantik selepas ini

Oh Lawa Mon, 13 May 2019

Betulkah mencuci muka selama 60 saat akan jadikan kulit lebih sempurna? Ini jawapannya

Beberapa orang wanita telah mencuba! Jom ketahui hasilnya

Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Klip rambut Scha Alyahya jadi trend satu dunia.  

Stailista dan fesyenista wajib ada klip rambut ini! 

Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

Nak Nampak Comel Dan ‘Cute’ Macam Artis Korea? Rupanya Ini 10 Rahsia Mereka

“Alamak..alamak, mamat opis sebelah yang aku minat ada kat majlis ni. Aduh, apa aku nak buat ni. Okay, ‘appearance’ dah tiptop dan cun. Ah, aku tau, kena buat-buat ‘cute’ sikit bagi mamat tu perasan aku […]

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Dihiasi dengan selendang batik dan aksesori bermotif tradisional