Oh Lawa By: Ad Ops July 23, 2018 @ 12:05pm

26 Foto Evolusi Fesyen Karpet Merah Selena Gomez Dari Dulu Sampai Sekarang

Selena Gomez baru saja meraikan hari lahirnya yang ke-26 semalam! Dah besar dah dia.

Jika anda ikuti perkembangan kerjayanya, anda mesti ingat betapa comelnya dia masa dia baru mula menjadi seorang pelakon.

Semuanya bermula daripada rancangan kanak-kanak Barney & Friends ketika umurnya 10 tahun, dan selepas itu, dia bernasib baik apabila diterima untuk sertai rancangan Disney Channel, Wizards of Waverly Place.

Banyak lagi tawaran lakonan yang datang. Dia kembangkan lagi kerjayanya dengan menjinak-jinakkan diri dalam bidang nyanyian pula.

Sejak itu, Selena juga telah menjadi seorang pop star antarabangsa yang terkenal, penerbit rancangan television dan duta pelbagai jenama barangan terkemuka di dunia.

Artis ini kini merupakan duta untuk Coach, dan pengguna Instagram dengan followers teramai (139 juta!).

Tahukah anda? Pada tahun 2009 ketika dia berumur 17 tahun, dia juga telah dilantik sebagai duta organisasi antarabangsa Unicef, menjadikannya duta termuda untuk terpilih. Wow!

Selain kerjayanya, kita juga boleh lihat perkembangan dari segi gaya fesyen Selena. Jom kita tengok perubahan stailnya dari dulu hingga sekarang.

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Pada tahun 2007, Selena gemarkan gaya laid-back, jadi dia memilih untuk memakai seluar jeans dan Converse, dengan sehelai vest. Nampak selesa sangat!

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Foto: Mark Davis/Getty Images

Acara besar pertama untuknya adalah 2008 ALMA Awards di mana dia tampil dengan menggayakan gaun Marchesa.

Foto: Vince Bucci/Getty Images

Tahun selepas itu, Selena mula meminati gaya trendy tapi simple. Dia dah gantikan kasut Conversenya dengan heels untuk acara karpet merah.

Foto: Katy Winn/Getty Images

Pada masa itu juga dia gemar pakaian metallic silver, bermanik glitter dan berlabuci.

Foto: Jason Merritt/Getty Images

Foto: Christopher Polk/Getty Images

Style rambut bobnya juga kena dengan gaya fesyennya.

Foto: Charley Gallay/Getty Images

Pada tahun 2011, dia dan boyfriend dulu Justin Bieber telah tampil bersama buat pertama kali di party Oscar oleh Vanity Fair. Dia memakai dress panjang Dolce & Gabbana dengan padanan gincu merah menyala.

Foto: Craig Barritt/Getty Images

Pada tahun 2011 juga, Selena dan bandnya, Selena Gomez & the Scene telah memenangi anugerah People’s Choice Award untuk Favourite Breakout Artist.

Dia memakai gaun bercorak oleh Irina Shabayeva dan kasut tumit tinggi bertali oleh Christian Louboutin.

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Bermula daripada tahun 2010 dan seterusnya, bekas artis Disney Channel ini sudah mula mengenakan gaya yang lebih bold dan berani untuk acara karpet merah.

Inilah rupanya ketika menghadiri 2011 MTV Video Music Awards.

Foto: Jason Merritt/Getty Images

Untuk acara American Music Awards 2011:

Foto: Jason Merritt/Getty Images

Untuk acara Kids’ Choice Awards 2012:

Foto: John Shearer/Getty Images

Pada masa yang sama, bila dia tak menghadiri majlis mewah atau meriah, stailnya simple saja.

Foto: Gareth Cattermole/Getty Images

Tapi bila dia muncul di acara premiere, dia tak takut untuk mencuba trend yang lebih daring, seperti di SXSW Music, Film, and Interactive Festival pada tahun 2013.

Foto: Michael Buckner/Getty Images

Nampaknya usahanya telah berjaya jadikan Selena sebagai seorang ikon fesyen yang patut dicontohi. Ini adalah rupanya di 2013 Billboard Music Awards, mengenakan dress oleh Atelier Versace:

Foto: Jason Merritt/Getty Images

Dia menggunakan dress oleh designer yang sama untuk penampilannya di MTV’s Video Music Awards in 2013. Sampai sekarang, ia dikira sebagai penampilan karpet merah terbaik Selena.

Foto: Jamie McCarthy/Getty Images

Untuk acara 2015 Met Gala pula, dia memperagakan dress oleh Vera Wang.

Foto: Larry Busacca/Getty Images

Tahun selepas itu, Selena menghidupkan kembali style choker yang dipadankan dengan jumpsuit oleh Mugler ini.

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Selena telah memeteraikan statusnya sebagai ikon fesyen di acara 2016 Met Gala yang bertemakan “Manus x Machina: Fashion in an Age of Technology”. Dia memakai outfit oleh Louis Vuitton.

Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images

Dia telah menerima anugerah Favourite Female Artist di acara American Music Award pada tahun 2016, dan tampil dengan gaun Prada.

Foto: Frederick M. Brown/Getty Images

Dia telah tampil dalam dress Coach di acara Met Gala 2017 dengan boyfriendnya pada masa itu, The Weeknd. 

Foto: Dimitrio Kambouris/Getty Images

Beberapa bulan selepas itu, dia telah menghadiri acara InStyle Awards dengan kasut dengan heel yang tak serupa. Dengan sengaja, ya!

Foto: Neilson Barnard/Getty Images

Selena telah memperkenalkan gaya rambut terbarunya iaitu rambut blond. Tak pernah dia bleach rambut dia sebegini! Gayanya pun yang menampakkannya seperti seorang rocker chick memang menarik.

Foto: Neilson Barnard/Getty Images

Acara Met Gala tahun ini pula melihat Selena mengenakan gaya bidadari ayu dalam dress lembut oleh Coach.

Foto: Neilson Barnard/Getty Images

Selena tampil comel dalam dress two-piece oleh Oscar de la Renta untuk acara premiere Hotel Transylvania 3: Summer Vacation pada bulan lepas.

Foto: Kevin Winter/Getty Images

Hmm… apa lagi rupa yang akan Selena persembahkan selepas ini.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 8 May 2019
Featured Mon, 19 Aug 2019

Lihat 20 tag pakaian ini. kelakar habis!

kreatif sungguh! rugi kalau tak tengok

Featured Mon, 20 Apr 2020
Featured Thu, 1 Aug 2019
Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018

Tubuh Terlalu Kurus? Gayakan 5 Jenis Fabrik Ini Dalam Mencipta Ilusi Tubuh Lebih Mengancam!

Garis melintang dan fabrik knitted antara jenis fabrik yang mampu menutup kekurangan tubuh anda yang terlalu kurus.

Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.

Oh Lawa Wed, 25 Apr 2018

Anda Bosan Dengan Stail Hijab Yang Sama Setiap Hari? Jom Tiru Stail Selebriti Ini

Bosan denan stail hijab setiap hari? Jom tiru stail hijab artis-artis ini.

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018