Di pentas peragaan bagi mana-mana pertunjukan fesyen, selalunya fokusnya ialah busana yang diperagakan.
Sebarang aksesori yang para peragawan atau peragawati pakai hanyalah elemen sampingan. Tetapi kadangkala ia cukup luar biasa hingga dapat menarik perhatian penonton.
Untuk koleksi musim luruh 2019, pertunjukan fesyennya banyak kali menampilkan beg tangan yang bersaiz mini.
Jenama fesyen terkemuka seperti Brandon Maxwell dan Carolina Herrera memilih untuk mengenakan aksesori kecil ini, termasuklah beg klac silang dan beg berbentuk kotak, untuk peragawan dan peragawati mereka.
Sebenarnya trend ini telah bermula ketika di koleksi musim bunga 2019, tetapi nampaknya ia diteruskan lagi untuk musim luruh pula.
Walaupun kecil, beg-beg ini meninggalkan impak dengan gaya comel dan berstruktur mereka. Jom tinjau beg-beg mini yang diperkenalkan di pertunjukan fesyen koleksi musim luruh 2019.
Mungkin inilah masanya untuk anda beralih kepada beg yang lebih kecil dan ringan. Tapi adakah ia praktikal? Nak letak telefon pintar anda pun mungkin tak boleh.
Sumber: Marie Claire
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..