Categories: Oh Lawa

Willow Smith, Si Anak Dara Will Smith Yang Pandai Bergaya!

Anak dara kepada aktor terkenal dunia Will Smith iaitu Willow Camille Reign Smith, sememangnya handal bergaya.

Bukan saja handal tetapi sering menampilkan stail fesyen yang ‘rare’ dan pelik. Akan tetapi terlihat sangat stylish dan mahal apabila dia yang menggayakannya.

Willow yang kini berusia 18 tahun, dilihat sebagai artis remaja wanita yang sangat berani mencuba pelbagai gaya.

“Saya tidak pernah peduli jika dihakimi hanya kerana fesyen pelik saya. Yang penting bila kamu terjumpa saya di tempat awam, you will know that is me by the way I dress up,” katanya.

Sejak dari kecil ketika hadir di acara karpet merah, Willow pasti mencuri perhatian ramai. Pengkritik fesyen di Hollywood menyifatkan stail Willow sebagai unexpected and fun!

Dari segi kerjaya pula, Willow dilihat sebagai seorang yang berani kerana seawal usia 7 tahun, dia sudah memasang impian untuk bergelar penyanyi.

Willow melancarkan single pertamanya Whip My Hair ketika dia berusia 10 tahun. Kemudian single keduanya, 21st Century Girl turut mendapat sambutan hebat sebelum Jay Z mengikatnya di bawah label rakaman Roc Nation. Video klip Whip My Hair turut tercalon bagi kategori Video Of The Year di BET Awards 2011.

Anyway, jom tengok gaya pelik Willow dari zaman kanak-kanak sampailah dah besar panjang!

Foto; zimbio.com (Willow bersama ibu bapa dan abangnya serta aktor tersohor, Jackie Chan)

Foto: That Grape Juice

Foto: Famous People

Foto: nypost (Willow Smith dan abangnya, Jaden Smith)

Foto: thinkpynk

Foto: bustle

Foto: Blavity

Foto: stylecaster

Sumber: Cosmopolitan

Yanie Baharom