Tahniah! Ilham, Alia Erika Pemenang Pencarian SAFARI GROM

Acara tahunan Safari Grom Search telah berlangsung dengan jayanya di Pantai Cherating, Pahang pada 7-9 Disember lalu.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada RipCurl Malaysia, Tourism Pahang dan barisan penaja Modenas, Fomema, Tune Protect, Hausboom, Vans, Flowrider One Utama, Majlis Sukan Pahang, Pharmaniaga, Canggih dan ramai lagi.

Penampilan khas oleh penyanyi Andy Flop Poppy dan pelakon Gambit Saifullah turut menyerikan suasana pada petang itu.

Juara musim ini menyaksikan jejaka bernama Mohd Ilham dari Tioman muncul sebagai juara kategori GROM Boys (bawah 16 tahun) manakala bagi kategori wanita pula disandang oleh Nur Alia Erika dari Cherating bagi kategori GROM Girls (bawah 16 tahun).

Kemenangan ini melayakkan kedua-dua peserta ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM 800 serta trofi khas dari RipCurl termasuk barangan tajaan lain. 

Pemenang keseluruhan bagi Safari Grom Search disandang oleh Demian Amar dari Bali, Indonesia memenangi wang tunai berjumlah RM 3000 manakala Qadeja di kedudukan kedua.

Bagi anda yang tidak berkesempatan menyertai acara untuk tahun ini, kita jumpa tahun depan ok? 

SGMS Faida