Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 4, 2021 @ 9:26pm

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga, sekali gus menepati sasaran ditetapkan.

Latif berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya lima tahun di Paralimpik Rio 2016 apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Atlet berasal dari Perlis itu bagaimanapun tidak meneruskan lompatan terakhirnya selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika melakukan lompatan kelima.

Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.

Sunber: Berita Harian / BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Fri, 1 Nov 2024

[VIDEO] Didakwa Pamer Aksi Menggoda, Marissa Dania Ditegur Netizen

Perghhh! Cantik betul Marissa ni kan?😍😍😍

Trending Mon, 14 Jun 2021

“One Of The Best Episode” – Penampilan Senario di ‘I Can See Your Voice Malaysia 4’ Bikin Gamat!

Penampilan kumpulan Senario sebagai panel penyiasat di episod terbaru I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 (#ICSYVMY) yang bersiaran malam tadi mencuri perhatian ramai. Kehadiran Azlee, Wahid dan Saiful Apek yang membantu penyanyi Aina […]

Featured Sat, 1 Jan 2022

Bantuan Sehingga RM56,000 Buat Mangsa Banjir – PM

Baguslah ada bantuan macam ni at least kurangkan beban mangsa banjir yang terkesan teruk

Featured Wed, 30 Apr 2025

Ngeri! B*nuh Rakan & Tidur Bersama Mayat Selama 4 Hari, Hukuman Kekal 30 Tahun Penjara

Siasatan polis menunjukkan terdapat 23 kesan kecederaan serta trauma teruk di kepala dan dada mangsa

error: Content is protected !!