Euforia Bola 2026
Parenting By: Ad Ops June 4, 2018 @ 8:00pm

6 Cara Penting Untuk Mengajar Anak Anda Menabung Dari Kecil

Salah satu perkara paling mustahak yang ibu bapa mesti terapkan dalam minda anak mereka adalah peranan wang dalam hidup.

Semakin moden dunia ini, semakin tinggi kos hidup manusia, dan itulah sebabnya kanak-kanak mesti faham tentang kepentingan wang dan kenapa ia tak boleh dibazirkan begitu saja.

Kanak-kanak membesar mesti inginkan barang mainan itu ini dan sebagai ibu bapa mereka, anda mungkin akan berikan.

Tapi ingat, anak anda mesti tahu yang tak semua benda mereka boleh dapat, melainkan mereka berusaha untuk membelinya dengan wang sendiri.

Di sinilah di mana tanggungjawab ibu bapa memainkan peranan supaya si anak boleh pelajari dari kecil cara-cara untuk mengumpul harta dan mengekalkan kestabilan kewangannya di masa hadapan.

Foto: chillmaadi.com

Jika anda tak pasti bagaimana untuk mengajarnya tentang kepentingan wang, di sini ada 6 cara.

1. Mulakan dengan tabung fizikal.

Alat ini adalah cara efektif serta mudah untuk mengajar anak anda untuk berjimat. Beritahu dia yang misinya adalah untuk mengisi tabung itu dengan wang sampailah tiada ruang sudah. Ceritakan yang ini adalah untuk masa depannya, dan lagi banyak mereka menabung, lagi banyak hartanya akan berganda.

2. Buka akaun bank

Apabila tabungnya sudah penuh, bawa anak anda ke bank untuk membuka sebuah akaun baru khas untuknya. Suruh anak anda kira sendiri berapa banyak wang yang akan dimasukkan supaya mereka tahu berapa banyak wang yang mereka miliki.

3. Gunakan balang hadiah

Jika anak anda ingin mainan baru, beritahu mereka yang mereka perlu menabung untuknya. Sediakan satu balang duit untuk setiap benda yang dia ingin beli. Sebagai galakan, tampalkan gambar benda tersebut ke atas balangnya supaya dia tahu sebab dia perlu bekerja keras untuk mengumpul duit.

Foto: 30seconds.com

4. Sediakan garisan masa

Konsep wang dan masa mungkin sukar untuk anak anda fahami. Kajian menunjukkan satu pelajaran tentang kewangan selama sejam akan lupus dari ingatan selepas 5 bulan. Supaya pelajaran itu lekat di minda, ia harus sentiasa diajar dan diamalkan.

Salah satu cara untuk meneruskan pelajaran tentang kewangan ialah dengan melukis garisan masa (timeline) supaya anak anda boleh bayangkan bila dia akan mencapai sasaran menabungnya.

Lukiskan garisan panjang, dengan RM0 di satu hujung dan jumlah wang sasarannya di hujung yang lagi satu. Dari titik permulaan tabungan ini, lukiskan check box untuk bila anak anda mencapai 25%, 50% dan 75% daripada jumlah sasaran. Setiap kali dia menunjukkan peningkatan, berikan ganjaran kecil kepadanya. Ini akan menggalakkannya lagi untuk terus menabung.

5. Pimpin melalui teladan

Kanak-kanak belajar mengikut apa yang dia nampak, jadi cara terbaik untuk mengajar anak anda untuk berjimat ialah dengan berjimat juga. Sediakan balang duit yang anda isikan selalu. Bila pergi membeli-belah, jelaskan kepada anak anda tentang perbezaan harga di antara dua barang dan kenapa membeli Barang A adalah lebih baik daripada membeli Barang B.

Selain itu, tekankan mesej di mana setiap kali anda mendapat gaji, anda menabung sebahagian daripadanya untuk masa hadapan.

Foto: thefoodiegeek.net

6. Mulakan perbincangan tentang wang

Selain menggalakkan anak anda untuk menabung, anda perlu pastikan yang mereka faham kenapa mereka perlu berbuat demikian. Biasakan untuk bersembang tentang wang dengannya supaya dia boleh berfikir sendiri kegunaan wang untuk jangka masa panjang.

Pada masa yang sama, ajar cara-cara untuk menjadi individu yang berjaya dari segi pengurusan kewangan, bukannya seseorang yang boros berbelanja.

Jelaskan juga perbezaan di antara kemahuan dan keperluan. Mereka perlu berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka ingini, dan bukannya bergantung kepada ibu bapa saja.

Foto: Shutterstock

Jadi, anda dah dapat idea untuk mengajar anak anda untuk menabung? Walaupun bunyinya macam susah, anda perlu fikir tentang masa depan anak anda. Selamat mencuba!

Sumber: Windgate Wealth Management

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Acara Thu, 13 Jun 2019
Parenting Wed, 6 Feb 2019
Featured Sat, 28 Sep 2019

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Ambil tahu dan bantu anak atasi masalah mata mereka

Parenting Sat, 7 Apr 2018

9 Foto Anak-Anak Putera William Dan Kate Middleton, Comel Sangat Sampai Nak Gigit!

Sebelum George dan Charlotte dapat adik baru, jom kita tengok dulu gambar-gambar mereka yang kiut-miut itu.

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

Parenting Thu, 19 Apr 2018

Ajar Anak Anda Mengira Dengan Alat Ini, Buat Sendiri Dengan Cawan Polisterin Saja!

Belajar mengira di atas kertas lama-lama boleh membosankan, jadi anda perlu cari idea lain supaya anak terus minat belajar.

familuv Tue, 29 May 2018

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Fri, 6 Dec 2019

Ini cara banyakkan bekalan susu badan selepas bersalin

Anda tidak perlu bergantung kepada susu formula.

error: Content is protected !!