Categories: Parenting

Jangan Beli Mainan Crystal Slime Clay Untuk Anak Anda. Boleh Bawa Maut!

Jika kita lihat, terdapat pelbagai lambakan barang mainan yang dijual pada hari ini. Kebanyakkan barang mainan tersebut diimport daripada negara China yang kita sendiri tidak ketahui tahap keselamatan dan kandungannya. 

Kemungkinan anda juga pernah membeli barang mainan berbentuk lendir yang berwarna warni yang dikenali sebagai Crystal Slime Clay untuk anak kesayangan anda. Awas ya terhadap barang mainan jenis ini, ia berbahaya untuk anak anda!

Foto: Maxresdefault

Menurut Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM), Crystal Slime Clay antara barang mainan yang mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Sodium Tetraborate atau Borax. Kebiasaannya kanak-kanak akan cenderung untuk menggigit dan memakan benda yang berbentuk lendir atau bergetah. Paling menakutkan, apabila anak anda termakan bahan yang mengandungi Borax ia boleh menyebabkan kematian! 

Untuk pengetahuan anda, sekiranya Borax termasuk dalam saluran pemakanan ia akan bertukar menjadi asid borik di dalam saluran makanan kanak-kanak dan akan menyebabkan keracunan. Borax adalah mineral boron dan garam yang diperolehi daripada dalam tanah.

Manakala, laporan daripada China Press pula, lendir ini dijual secara terbuka di China tanpa nama syarikat pengeluar dan pensijilan kualiti yang sepatutnya tertera pada labelnya. Ramuan Borax, gam pewarna dan beberapa bahan lain ternyata mampu menarik pada pandangan kanak-kanak.

Foto: Shopee

Foto: Shopee

Foto: AliExpress

Terdapat beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Thailand telah mengharamkan Borax sebagai bahan tambahan dalam makanan. Sekiranya Borax ini memasuki tubuh badan seseorang ia mampu meracuni organ badan.

1 hingga 3 gram Borax sudah memadai untuk meracuni orang dewasa. Jika kuantitinya lebih daripada 15 gram ia boleh mengundang maut! Manakala bagi kanak-kanak pula, 3 gram sudah cukup untuk meragut nyawa mereka. 

Jadi, kami menasihati kepada anda supaya lebih berhati-hati dalam membeli barang mainan untuk anak-anak. Periksa label pada produk terlebih dahulu sebelum membeli dan pastikan tiada ramuan Borax dalam mainan tersebut. 

Sumber: Astro Awani, World Of Buzz

tex_admin