Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2025 @ 10:52am

Peguam Sahkan Keadaan Jasad Zara Qairina – “Ada Anggota Badan Patah & Kecederaan”

Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan memang wujud kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu seperti yang tular di media sosial.

Shahlan Jufri berkata, dia berada di bilik bedah siasat Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) selama lapan jam tanpa makan dan minum bagi memerhati setiap prosedur yang dijalankan oleh pasukan forensik.

“Sudah tentu ada kecederaan. Seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah.

“Jumlah tepat saya tak berapa ingat, tapi memang ada patah dan kecederaan,” katanya kepada pemberita.

Tegasnya, proses bedah siasat yang dijalankan pada Ahad itu berjalan telus, tanpa campur tangan mana-mana pihak luar.

“Integriti sangat tinggi, semuanya lancar dan hanya mereka yang terlibat sahaja berada di situ,” jelasnya.

Pada Sabtu, kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir digali semula atas arahan Jabatan Peguam Negara bagi membolehkan pasukan forensik menjalankan prosedur bedah siasat terhadap jasad remaja itu.

Dan, pada 31 Julai lalu, polis memaklumkan, telah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian pelajar berkenaan.

Antara yang dipanggil termasuk tiga individu dikenali sebagai ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ yang disebut mempunyai kaitan dengan insiden tragis ini.

Difahamkan, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sekitar jam 3 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Namun, keesokan harinya pelajar itu disahkan meninggal dunia dengan laporan awal mendakwa dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Sat, 19 Jan 2019
Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah […]

Featured Mon, 14 Jun 2021

Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini. Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 […]

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Jutawan Alha Alfa Selamat Bertunang

Sama cantik sama padan… Tahniah Datuk Alha Alfa & pasangan!

Featured Tue, 12 May 2020
error: Content is protected !!