Susulan dakwaan seorang pelakon wanita popular yang dikatakan enggan membayar hutangnya sebanyak RM208,000 kepada bekas adik iparnya, Ziela Rashid, Melodi akhirnya tampil mendapatkan respons aktres tersebut.
Menerusi perkongsian video temu bual program Melodi di TikTok, pelakon wanita terbabit dikatakan enggan memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, dia tidak mahu mendedahkan aib mana-mana pihak berhubung isu yang timbul.
“No komen dan saya tidak mahu membuka aib mana-mana pihak,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon wanita terbabit juga tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum.
@melodiberapi Enggan ditemubual, pelakon ini mohon ruang untuknya & tidak mahu membuka aib mana-mana pihak! #meloditv3 #panas #sensasi #isuhangat ♬ original sound – Melodi tv3
Terdahulu, Ziela tampil mendedahkan bahawa aktres popular itu baru sahaja memenangi anugerah di sebuah majlis berprestij yang diadakan baru-baru ini.
Enggan melunaskan hutangnya sebanyak RM208,745.59 termasuklah telahpun di isytihar muflis oleh pihak Mahkamah, Ziela bagaimanapun tidak menyangka bahawa bekas kakak iparnya itu sanggup melarikan diri dek kerana tidak mahu membayar hutang mereka.
Justeru, dia berharap agar aktres itu tampil dan berbincang secara empat mata termasuklah membayar hutang tersebut dalam tempoh masa terdekat.
@melodiberapi Siapakah pelakon wanita yang baru sahaja memenangi Anugerah di Acara berprestij baru-baru ini yang berhutang ratusan ribu ringgit.??? #meloditv3 ♬ original sound – Melodi tv3








