Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin March 20, 2025 @ 8:00pm

Pemuda Inovasi Kuih Tradisional Demi Warisan, Tepung Pelita Pistasio Dapat Sambutan Di Bulan Ramadan

Dalam usaha memperkenalkan serta memartabatkan kuih tradisional kepada generasi baharu, seorang pemuda tampil dengan inovasi tepung pelita versi moden yang dihasilkan menggunakan teknologi pemprosesan berautomasi.

Imran Khan Sulaiman, 32, pengasas jenama Pelita Delight berkata, kuih warisan ini dipasarkan di 15 bazar Ramadan sekitar Lembah Klang dengan harga RM5 sekotak.

Keunikan produk ini terletak pada tambahan sepaket perisa pistasio, yang memberikan dimensi rasa baharu serta menyuntik elemen inovasi dalam pembuatan tepung pelita tanpa mengabaikan keasliannya.

Menurut Imran Khan, dia memilih tepung pelita kerana ia sinonim dengan bulan Ramadan selain diiktiraf sebagai kuih warisan sejak 2015.

 

在 Instagram 查看这篇帖子

 

@pelita.delight 分享的帖子

“Saya berasa bertanggungjawab untuk mengangkat tepung pelita bukan sekadar kerana popularitinya, tetapi juga sebagai salah satu warisan negara.

“Jika di luar negara seperti Jepun, mochi begitu terkenal sehingga dikenali oleh kanak-kanak di Malaysia.

“Jadi, mengapa tidak kita mengambil inisiatif untuk memperkenalkan tepung pelita kepada generasi kini agar tradisi ini terus dikekalkan? Maka dengan itu, terlahirlah tepung pelita perisa pistasio” katanya.

Walaupun menggunakan mesin bagi pengeluaran berskala besar, Imran Khan menegaskan resipi asal tetap dikekalkan bagi mengekalkan rasa autentik kuih tersebut.

Dengan mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tepung pelita ini dihasilkan dalam kuantiti yang besar tanpa mengorbankan aspek kebersihan dan kualiti.

Kajian Lapan Bulan Demi Kualiti Terbaik

Bagi memastikan mutu produknya terjamin, Imran Khan dan pasukannya menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) selama lapan bulan sebelum tiba Ramadan.

“Saya akui pembuatan tepung pelita secara tradisional mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

“Namun, kami berusaha menghasilkan yang terbaik dengan bantuan tenaga kerja yang cekap. Sambutan yang diterima juga menggalakkan, bukan sahaja daripada golongan muda tetapi juga warga emas yang kembali membeli,” jelasnya.

Cabaran terbesar dalam pengeluaran berskala besar, menurutnya, adalah mendapatkan bekalan santan segar yang mencukupi serta memastikan kuih kekal segar sebelum dihantar ke bazar Ramadan.

Berkongsi Rezeki di Bulan Ramadan

Meskipun perniagaan ini dijalankan secara komersial, Imran Khan lebih menitikberatkan manfaat kepada masyarakat berbanding keuntungan semata-mata.

“Kuih yang tidak habis dijual tidak akan digunakan semula pada keesokan harinya. Sebaliknya, kami menyumbangkannya kepada masjid berdekatan atau diberikan kepada kakitangan untuk disedekahkan kepada jiran mereka.

“Selain itu, pekerja di gerai pula saya ambil daripada pelbagai latar belakang bagi memberi peluang mereka mencari rezeki menjelang Aidilfitri,” katanya.

Menurutnya, matlamat utama usaha ini bukan sahaja untuk melestarikan warisan kulinari tradisional, tetapi juga untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat menerusi perniagaan yang dijalankan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 10 Mar 2018

This Sheep Cafe In Korea Will Make You Go ‘Bah Bah’

Pet cafes are the in thing right now as it is the most trending cafe style. But have you ever seen sheep cafe before?!

Fab Foodies! Wed, 16 May 2018

吃苹果总爱削皮?专家曝:80%营养都在这

吃苹果皮会伤身体?这误会可大了!民众普遍存在「吃皮=吃蜡」迷思,因此在吃苹果前会先进行削皮的动作,这在专家的眼理是相当NG的行为,因为最珍贵的营养价值都在皮里,不吃的人才是最笨的!

Fab Foodies! Sun, 21 Oct 2018

Air Paip Perlu Dimasak Sebelum Diminum

Dr Lee berkata adalah lebih baik orang ramai tidak meminum air secara terus daripada paip tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu.

Fab Foodies! Tue, 25 Jun 2019

为了减肥不吃晚饭?原来对健康危害这么大!

节食减肥对健康非常不利,尤其不吃晚饭,对身体的伤害更大。

Fab Foodies! Sun, 31 Mar 2019

为什么要吃早餐?营养师:有4大好处

为何要吃早餐?名人御用营养师说:“有4大好处,对健康帮助多。”

Fab Foodies! Tue, 22 Jan 2019

Learn to Make Your Own Special CNY Cookies to Serve Visitors This Year

It’ll be special, hand-made and absolutely delectable.

Fab Foodies! Fri, 15 Jun 2018

These 5 ‘Healthy’ Foods are Actually Really Bad For You

Some of these things are stuff we consume on a daily basis.

Fab Foodies! Mon, 19 Mar 2018

10 Tips Kurus Menjelang Hari Bahagia!

Kuncinya adalah konsisten, pasti impian korang untuk kurus tercapai! Apatah lagi sebagai pengantin baharu sudah tentu anda ingin kelihatan cantik dan menjadi tumpuan tetamu. Pastinya anda tidak mahu rasa rendah diri apabila tetamu memerhatikan penampilan anda seperti ‘tidak kena’ ataupun kurang.

Fab Foodies! Mon, 27 Aug 2018
error: Content is protected !!