Detik menunggu panggilan menunaikan haji sememangnya menjadi antara saat paling bermakna dalam kehidupan seorang Muslim. Bagi mereka yang terpilih dalam Panggilan Pertama (P1) dan Rayuan, tempoh ini juga menjadi fasa penting untuk membuat persiapan rapi agar ibadah dapat dilaksanakan dengan tenang dan selesa.
Dengan tarikh pendaftaran yang semakin menghampiri penutup pada 22 Disember ini, jemaah disaran mengambil peluang yang ada untuk merancang perjalanan ibadah lebih awal.
Persiapan dari segi fizikal, mental dan pengurusan perjalanan memainkan peranan besar dalam memastikan pengalaman menunaikan haji berjalan lancar, terutama buat jemaah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Dalam kesibukan membuat persiapan, pemilihan pengelola haji yang berpengalaman dan dipercayai turut menjadi faktor penting. Perancangan yang teratur dan sokongan berterusan sepanjang ibadah mampu membantu jemaah memberi fokus sepenuhnya kepada amalan, tanpa dibebani urusan logistik.
Jom semak tujuh perkara penting yang wajar diberi perhatian:
1. Tarikh Tutup Semakin Hampir, Jangan Tunggu Saat Akhir
Perkara paling utama untuk diingat ialah pendaftaran P1 dan Rayuan mempunyai tarikh akhir. Apabila pendaftaran ditutup, sebarang kelewatan boleh menyebabkan jemaah terlepas peluang atau berdepan kesukaran membuat pilihan pakej yang sesuai. Merancang lebih awal memberi lebih banyak ruang untuk membuat keputusan dengan tenang.
2. Persiapan Awal Bantu Ibadah Lebih Fokus
Menunaikan haji bukan sekadar perjalanan fizikal, malah menuntut persediaan mental dan emosi. Perancangan awal membantu jemaah memberi fokus sepenuhnya kepada ibadah tanpa terlalu dibebani urusan teknikal, terutama bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci.

3. Pemilihan Pengelola Haji Yang Berpengalaman Sangat Penting
Pengelola haji memainkan peranan besar dalam menentukan kelancaran perjalanan ibadah. Pasukan yang berpengalaman dan tersusun mampu membantu jemaah menghadapi cabaran di lapangan dengan lebih teratur, sekali gus mengurangkan tekanan sepanjang ibadah.
4. Jangan Pandang Ringan Aspek Keselesaan
Keselesaan bukan soal mewah semata-mata, tetapi berkait rapat dengan tahap keupayaan jemaah untuk melaksanakan ibadah dengan baik. Faktor seperti jarak penginapan, kemudahan pengangkutan dan susun atur khemah memberi kesan besar, terutamanya buat jemaah berusia 50 tahun ke atas.
5. Fahami Pilihan Pakej Yang Ditawarkan
Bagi jemaah P1, terdapat pakej yang direka khusus mengikut keperluan berbeza. Antaranya Pakej Selesa yang ditawarkan Irkaz Travel dengan potongan sehingga RM10,000, menjadikan harga bermula serendah RM44,900. Pakej ini menekankan keselesaan melalui penginapan dinaik taraf di Aziziyah di Hotel Orient Manabir, hanya satu malam bermalam di khemah Muassasim dengan sofa bed, serta penggunaan Speed Train Mekah–Madinah bagi mengurangkan keletihan perjalanan.
Selain itu, terdapat juga pakej EZGO Plus dan Premium Elite bagi musim Haji 1447H atau 2026M, termasuk penginapan di Hotel Safwah di Mekah dan Al Aqeeq di Madinah untuk jemaah yang mahukan pengalaman lebih eksklusif.
6. Perkhidmatan Termasuk Buat Perbezaan Besar
Antara perkara yang sering terlepas pandang ialah perkhidmatan yang sudah termasuk dalam pakej. Semua pakej Haji Irkaz Travel merangkumi penggunaan Speed Train serta penyediaan tiga kali makan sehari di Mekah, Madinah dan Aziziyah. Perkara ini membantu jemaah mengurus tenaga dengan lebih baik sepanjang ibadah.
View this post on Instagram
7. Dapatkan Maklumat Terus Daripada Sumber Yang Sahih
Untuk mengelakkan kekeliruan, jemaah digalakkan mendapatkan maklumat secara bersemuka. Irkaz Travel mengambil inisiatif turun padang ke 52 masjid terpilih di seluruh negara bagi memberi penerangan, konsultasi serta panduan pendaftaran kepada jemaah P1 dan Rayuan. Langkah ini memudahkan jemaah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang jelas dan tepat.
Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Tuan Haji Amzari Jaafar, turut mengingatkan bahawa pendaftaran awal amat digalakkan kerana slot adalah terhad dan pemilihan pakej lebih fleksibel sebelum tarikh tutup.
Menunaikan haji adalah ibadah seumur hidup. Dengan tarikh pendaftaran yang semakin hampir, membuat persiapan lebih awal memberi ketenangan dan ruang untuk memilih pakej yang paling sesuai dengan keperluan diri dan keluarga.
Bagi jemaah P1 dan Rayuan, inilah masanya untuk bertindak bijak, bertanya dan merancang sebaik mungkin sebelum 22 Disember.








