Euforia Bola 2026
Agama By: Padin February 8, 2026 @ 7:30am

Teruskan Komitmen Negara Sampaikan Syiar Islam… 2 Kontena Bawa 40,000 Naskhah Al-Quran Ke AS, Ivory Coast & Ghana

Festival Hari Terbuka Nasyrul Quran, Yayasan Restu menerusi Kompleks Nasyrul Quran melancarkan penghantaran 40,000 naskhah Al-Quran berserta terjemahan ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana menggunakan dua kontena.

Daripada jumlah itu, 20,000 naskhah terjemahan bahasa Inggeris, Sepanyol Eropah dan Sepanyol Latin dihantar ke Washington, Amerika Syarikat, manakala selebihnya dalam terjemahan bahasa Perancis dan Inggeris diagihkan ke Ivory Coast serta Ghana.

Usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada projek Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran yang digagaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperluas penyebaran mesej Al-Quran dalam pelbagai bahasa ke peringkat antarabangsa.

Majlis peluncuran disempurnakan oleh Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di kompleks berkenaan pada Jumaat lalu.

Menurut Zulkifli, penghantaran tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia untuk terus menyebarkan nilai Islam dan ilmu Al-Quran ke serata dunia.

“Langkah ini menunjukkan komitmen berterusan negara dalam menyampaikan mesej Islam dan ilmu Al-Quran secara global. Misi logistik ini bukan sekadar penghantaran biasa, tetapi membawa tanggungjawab dakwah dan kemanusiaan, sekali gus menzahirkan peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memupuk kefahaman Islam yang rahmah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk (Dr.) Abdul Latiff Mirasa berkata inisiatif tersebut selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab percetakan, penterjemahan dan pengedaran Al-Quran bertaraf antarabangsa.

“Kami melihat ini sebagai komitmen berterusan untuk menyokong peranan Malaysia dalam industri percetakan dan pengedaran Al-Quran di peringkat global. Setakat ini, lebih 553,000 naskhah sudah disalurkan ke pelbagai negara melalui kerjasama agensi dan organisasi,” katanya.

Tambahnya, pihaknya turut merancang percetakan fasa kedua terjemahan Al-Quran dalam 12 bahasa baharu termasuk Finland, Greek dan Uzbek.

Kejayaan penghantaran itu dicapai hasil kerjasama rapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Yayasan Restu turut melancarkan Platform Digital Global Wakaf Al-Quran (GWAQ) bagi memperkukuh ekosistem wakaf Al-Quran secara lebih menyeluruh. Platform berkenaan dibangunkan bersama ToyyibPay, menggabungkan usaha percetakan fizikal dengan kemudahan teknologi digital yang telus dan berintegriti.

Melalui GWAQ, orang ramai, institusi dan organisasi boleh menyumbang secara berterusan di peringkat global, selain memanfaatkan rangkaian lebih 200,000 peniaga ToyyibPay serta kerjasama rakan teknologi dan syarikat kiriman wang antarabangsa.

Zulkifli berkata pendekatan yang menggabungkan penghantaran fizikal dan sokongan digital itu selari dengan usaha memperkukuh tadbir urus wakaf yang lebih mampan, inklusif dan berimpak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Agama Thu, 27 Jun 2024

Kecoh Trend Childfree, Ini Pencerahan Pejabat Mufti

Jangan kecoh, ini pencerahan Mufti

Acara Mon, 16 Mar 2026

Kukuhkan Jalinan Komuniti, Ambil Berkat Ramadan Santuni Golongan Memerlukan

Bulan Ramadan sentiasa hadir dengan roh kebersamaan yang mengajak masyarakat untuk saling mendekati, berkongsi rezeki dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Dalam suasana penuh keberkatan ini, pelbagai inisiatif digerakkan bagi menyemarakkan nilai kasih sayang, […]

Agama Mon, 24 Jun 2024

Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan? 

Pihak Jais pun belum beri sebarang kenyataan.

Agama Fri, 21 Nov 2025

Kerjasama Strategik Bangunkan Infrastruktur Digital Untuk Edarkan Satu Juta Naskhah Wakaf Al-Quran Seluruh Dunia

Inisiatif wakaf Al-Quran merupakan langkah penting dalam menyebarkan ilmu.

Agama Fri, 7 Jun 2024

Isu Status Hadis, JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Beri Penjelasan 

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik

Agama Thu, 18 Dec 2025

Pendaftaran Bakal Ditutup Tidak Lama Lagi, Jom Semak Perkara Penting Jemaah Haji Panggilan Pertama & Rayuan Perlu Ambil Tahu

Detik menunggu panggilan haji menjadi saat bermakna yang menuntut persiapan rapi.

Agama Fri, 28 Jun 2024

Ramai Pilih Nikah Di Sempadan, Kerajaan Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Agama Selatan Thailand

Bagus juga sekurangnya dapat pastikan perkahwinan itu sah di sisi undang-undang

Agama Fri, 14 Jun 2024

Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Bersiaran

Hmm ketua pengarah luah rasa kecewa

error: Content is protected !!