Euforia Bola 2026
Acara By: Padin February 25, 2026 @ 11:48pm

Pendekatan ESG Warnai Pengalaman Berbuka Puasa Lebih Bertanggungjawab, Alyah & Baby Shima Pun Sokong!

Hotel Tenera & Suites mengambil pendekatan berbeza sempena Ramadan tahun ini apabila memperkenalkan amalan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam penganjuran bufet berbuka puasa mereka. Inisiatif tersebut menumpukan aspek kelestarian dan tanggungjawab sosial, khususnya dalam mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan mulia.

Melalui pendekatan itu, pihak hotel melaksanakan penyediaan makanan secara berperingkat, pengurusan sisa lebih teratur serta penggunaan bahan mesra alam. Tetamu juga digalakkan mengambil hidangan secara sederhana bagi mengelakkan lebihan makanan.

Pengurus Besar Hotel Tenera & Suites, Fadzly Hamzah berkata Ramadan bukan sekadar masa menikmati juadah, sebaliknya ruang untuk mendidik diri tentang kesederhanaan dan rasa syukur. Menurutnya, konsep ESG membantu memastikan hidangan disediakan secara terkawal sekali gus mengurangkan pembaziran yang sering berlaku.

Tambahnya, usaha tersebut juga menyumbang kepada penjagaan alam sekitar apabila pengurangan sisa makanan dan penggunaan bahan mesra alam mampu mengurangkan kesan karbon serta beban pelupusan sampah.

Pelaksanaan itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti yang hadir seperti Datin Alyah dan Baby Shima yang memberi sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengambil makanan secara berhemah ketika berbuka puasa.

Menurut Baby Shima, dia menyokong penuh inisiatif ESG yang dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.

“Saya rasa usaha ini sangat bagus kerana dalam bulan Ramadan, kita memang kena lebih sedar tentang pembaziran makanan.

“Kadang-kadang kita ambil lebih daripada yang mampu dihabiskan. Bila hotel sendiri ambil langkah untuk kawal dan didik pelanggan, itu sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi,” katanya.

Sementara itu, Datin Alyah turut menyifatkan pelaksanaan ESG sebagai langkah progresif dalam industri perhotelan.

“Saya percaya kesedaran tentang kelestarian alam perlu bermula dari semua pihak termasuk industri hospitaliti.

“Apa yang dilakukan ini bukan sahaja baik untuk alam sekitar, tetapi juga mendidik masyarakat supaya lebih berhemah ketika berbuka puasa,” ujarnya.

Dalam masa sama, pihak hotel melihat pendekatan tersebut sebagai nilai tambah kepada pelanggan yang semakin peka terhadap isu kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam industri hospitaliti.

Bagi tawaran Ramadan tahun ini, bufet tampil dengan tema Serantau Desa yang menggabungkan hidangan Malaysia, Thailand dan Indonesia. Konsep tersebut mengetengahkan persamaan budaya makanan Nusantara sambil memperkenalkan kepelbagaian rasa kepada pengunjung.

Antara sajian yang disediakan termasuk gulai kawah, dhalca lutut kambing, ayam pop, pecel sayur, nasi khao mok kambing panggang serta beberapa pencuci mulut tradisional dari rantau Asia Tenggara.

Ketua Cef, Sahisal Azrul menjelaskan setiap negara mempunyai identiti rasa tersendiri, daripada rempah pekat Malaysia, keseimbangan rasa Thai hingga teknik masakan berempah Indonesia. Gabungan ini membolehkan tetamu merasai variasi hidangan dalam satu hidangan berbuka.

Keseluruhannya, tema Serantau Desa melengkapkan pelaksanaan ESG apabila hidangan tetap pelbagai tetapi disediakan secara terkawal, sekali gus mengekalkan pengalaman berbuka yang meriah tanpa mengabaikan aspek kelestarian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 24 Jul 2019

Pernah tak anda makan pulut mangga, tetapi dalam versi bebola goreng?

Sentuhan unik ini pasti memikat! Jom cuba buat.

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Musim Durian, Tapi Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana Satu? Meh, Kita Kongsikan Tips Pilih Raja Buah Ini

Nak tahu bagaimana agaknay cara memilih durian yang betul? Sila baca entri ini.

Eat Travel Tue, 22 May 2018
Fab Foodies! Mon, 27 Aug 2018

Government MIGHT Place Tax on Soda Drinks

It’s for the sake of our health!

Fab Foodies! Mon, 9 Jul 2018

Sentuhan Citarasa Mexico Dalam KFC Mad Mex Twister Baharu Yang Pasti Memukau Citarasa Anda!

KFC Mad Mex Twister pastinya membawa keterujaan apabila KFC Malaysia telah memperkenalkan kemeriahan citarasa Mexico kepada peminatnya

Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Complete Your Starbucks Tumbler Collection with This New Summer Series Release

Even if you’re not a collector, you’ll want these tumblers for sure.

Acara Tue, 6 Sep 2022
Fab Foodies! Sat, 10 Mar 2018

This Sheep Cafe In Korea Will Make You Go ‘Bah Bah’

Pet cafes are the in thing right now as it is the most trending cafe style. But have you ever seen sheep cafe before?!

Acara Thu, 1 Feb 2024

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Jangan lupa temujanji dengan finalis kesayangan AJL38 korang Ahad ni!

error: Content is protected !!