Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 22, 2018 @ 10:00am

Tak Perlu Pergi Kedai Untuk Makan Telur Bistik, Ikut Saja Resipi Mudah Ini

Peminat-peminat telur semua! Anda mesti suka makan telur bistik, kan?

Tapi jangan tersilap pula! Telur bistik ni bukan macam telur bungkus di mana inti-inti sayur dan daging “dibungkus” dengan telur.

Telur bistik ni lagi senang nak buat. Tak payah bungkus-bungkus macam nasi pattaya; tuangkan saja intinya ke atas telur yang dimasak macam telur dadar. Budak kecil pun boleh buat!

Yang menariknya, telur ini disertakan dengan sayur dan daging, jadi ia boleh dijadikan sebagai sebuah meal yang lengkap. Tak payah makan dengan nasi pun boleh.

Nak cuba masak? Ini dia resipinya:

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/3 cawan daging cincang atau ayam yang dipotong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1/2 inci halia, dicincang halus
  • 5 biji cili padi, dicincang halus
  • 1/4 cawan mixed vege (carrot, jagung, kacang peas)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu besar sos cili
  • 1/2 kiub pati daging lembu
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit air
  • Sedikit sos ikan

Optional, untuk hiasan:

  • Cili merah, buang biji dan dadu kecil
  • Hirisan daun bawang

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang-bawang, cili padi dan halia hingga harum.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau. Masukkan juga kiub pati daging serta daging cincang dan kacau rata bersama sedikit air. Biarkan ia masak sekejap.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato dan kacau hingga sebati dan pekat dengan api kecil. Tambahkan mixed vege, gaul rata dan biarkan masak.
  4. Rasa sedikit dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul hingga rata dan matikan api.
  5. Masukkan sedikit serbuk lada hitam ke dalam campuran telur dan kacau hingga rata.
  6. Panaskan kuali leper anda dengan sedikit minyak. Goreng telur tadi dengan stail telur dadar hingga masak. Letakkan di atas pinggan.
  7. Curahkan campuran daging cincang tadi ke atas telur dan ratakan.
  8. Kalau nak, hiasi dengan daun bawang dan cili merah kecil.

Tips: Kalau nak telur anda garing, masukkan sikit cuka sewaktu anda pukul telur itu. Goreng di dalam minyak panas. In case ia hangus sebelum masak, perlahankan api dan tutup kuali.

Sumber: Tiffin Biru

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 15 Sep 2018

Raikan Hari Lahir Kesayangan Anda Dengan Chocolate Crepe Cake Ini. Buat Sendiri Lagi Sedap!

Kalau nak lagi sedap, simpan kek ini di dalam peti sejuk sebelum anda makan!

Eat Travel Sat, 30 Jun 2018

Kek Marble Ini Memang Gebu, Sekali Makan Memang Nak Lagi!

Jom manfaatkan hujung minggu dengan membuat Kek Marble ini. Gerenti sedap!

Eat Travel Sun, 3 Feb 2019
Eat Travel Thu, 30 May 2019

Jom belajar buat ‘stuffed-crust pizza’ bersama anak, caranya mudah sangat!

Jika beli di kedai, selalunya anda perlu bayar mahal!

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Gedung buku, destinasi ilmu yang menarik untuk diteroka

Bawa ahli keluarga ‘bercuti’ dalam lautan ilmu

Eat Travel Sat, 8 Sep 2018
Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Wed, 21 Aug 2019

Snek bawang mekar bak teratai ini curi perhatian ramai!

Rahsia keenakannya ialah kepingan keju yang diselitkan di setiap kelopak!

error: Content is protected !!