Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd May 13, 2020 @ 5:31am

Penduduk Di Selangor Kini Boleh Keluar Makan Di Restoran- Menteri Besar

Nampaknya, PKPB semakin memberi kelonggaran buat orang ramai terutama penduduk di daerah Selangor.

Jika sebelum ini kerajaan membenarkan orang ramai untuk ziarah menziarahi dalam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.

Baca artikel berkaitan: PKPB: Ziarah Menziarahi Hari Raya Dibenarkan Antara Daerah

Hari ini, kerajaan Selangor mengumumkan para pengunjung restoran dan medan selera boleh menikmati makanan di restoran. Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik berkata,

“Semua premis makanan berkenaan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam, tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial. Namun, peniaga tidak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima mahupun di tempat letak kenderaan.”

Kredit foto: Google

Perlu Patuhi SOP

Walaupun kelonggaran diberikan namun penguat kuasa PBT tetap akan melakukan pemeriksaan mengejut bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berada di tahap optimum.

Food truck dan pasar awam dibenarkan beroperasi

Manakala, bagi para peniaga food truck dan penjaja tepi jalan, mereka juga dibenarkan beroperasi semasa PKPB , bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam namun terhad kepada urusan pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.

Kredit foto: NST

Buat mereka yang berniaga di pasar awam, pasar borong, pasar segar dan pasar swasta, premis boleh beroperasi seperti biasa namun aktiviti seperti penyembelihan dan pemprosesan ayam di lokasi masih dilarang.

Taman, aktiviti riadah dibenarkan

Selain itu, semua jenis taman di negeri Selangor turut dibuka kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam. Aktiviti memancing dibenarkan namun aktiviti perkhemahan dan pendakian masih dilarang.

Kredit foto: Google

Apapun, jangan sesekali ambil mudah dengan kelonggaran yang diberikan. Jaga kebersihan dan sentiasa patuhi jarak sosial tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jan 2022
Trending Sun, 27 Oct 2019

Terpaksa Di Bedah Kos Cecah 17k – Mungkin Jangkitan Masa Cukur Bulu Ketiak!

Ingatkan Jerawat Biasa, Ketiak Lelaki Ini Terpaksa Dibedah, Kos Cecah RM17K

Featured Fri, 14 Feb 2025

Tahniah! Syafiq Kyle, Mimi Lana Kini Sah Menjadi Pasangan Suami Isteri

Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya berkongsi berita gembira kepada seluruh peminat mereka

Trending Fri, 3 Jan 2020
Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Trending Thu, 7 Jul 2022

Terkena Jangkitan Paru-Paru, Hampir Sebulan Bayi Perempuan Sheera Iskandar Dirawat Di Hospital

Bayi perempuan Sheera Iskandar dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman paru-paru.

error: Content is protected !!