Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal January 4, 2020 @ 11:56am

Nak Guna Ubat Gigi Ada Caranya

Memberus gigi sudah menjadi rutin harian untuk memastikan gigi anda bersih dan orang sekeliling anda selesa dengan kebersihan diri anda.

Seperti iklan ubat gigi yang selalu ditayangkan di kaca televisyen, mereka menggunakan ubat gigi dalam kuantiti yang banyak untuk sekali penggunaan. Adakah itu cara yang tepat untuk mendapatkan kebersihan gigi yang optimum?

Atau itu sekadar satu strategi pemasaran untuk produk ubat gigi tersebut? Seorang doktor gigi yang bernama Izaza Mohd Zan dalam entri Facebooknya, telah menjelaskan kuantiti yang sepatutnya digunakan.

Menurut beliau, adalah satu pembaziran apabila menggunakan ubat gigi sepanjang berus gigi. Bukannya makin banyak ubat gigi, makin bersih gigi anda.

Tetapi, cara untuk memberus gigi lebih penting dari kuantiti ubat gigi itu sendiri. Tambah Dr Izaza lagi, bahagian badan berus gigi selalunya kurang digunakan, sebab saiznya yang lebih lebar. Hanya digunakan untuk memberus permukaan atas gigi dan sisi gigi sahaja.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh Dr Izaza tentang penggunaan ubat gigi yang betul. Semoga bermanfaat dan tidak lagi membazir.

Berapa banyak nak letak ubat gigi ? Ada yang kata, ikut iklan, letak ubat gigi sepanjang berus gigi, lagi banyak ubat gigi, lagi bersih gigi bile berus. Betul ke ?

Errmm, tu membazir namenye. Sepatutnya, letak ubat gigi sebesar kacang tanah je. Sebab, ubat gigi sebesar kacang dah cukup nak bersihkan 32 batang gigi dalam mulut.

Cara berus gigi yang betul sangat penting. Ubat gigi diletak di bahagian hujung berus gigi, dan berus gigi perlahan-lahan.

Bahagian badan berus gigi, selalunya kurang digunakan, sebab saiz lebih lebar. Hanya digunakan, untuk berus permukaan atas gigi dan sisi gigi.

So, guna ubat gigi sebesar kacang tanah. Jangan membazir ye

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 12 Jul 2018

就是这样才变胖!想吃垃圾食物是因为「睡不饱」

妳有发现在晚上高热量的垃圾食物,浮现在脑海画面的机率特别高吗?

Fab Foodies! Mon, 25 Feb 2019

「3种食物」舍不得丢?当心省出「癌症」来

预防胜于治疗,专家提醒「3种食物」千万不能舍不得丢掉,否则可能省出「癌症」来!

LIFESTYLE Sun, 23 Jun 2019

“Masuk ICU, Baru Tahu Ada Jangkitan Kuman (ANEC)”

Seorang pengguna Facebook, Siti Hajjar Hassan mengimbau kembali memori bersama anaknya, Nur Ain Aqilah, 3,  yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada Ramadhan tahun lalu. Subuh pada 5 Ramadhan 1439H kakak terjaga dari tidur dengan muka ketakutan […]

LIFESTYLE Wed, 21 Aug 2019

面对前任的回头你是否犹豫了?到底该不该重新接受呢?

面对前任的回头你是否犹豫了,会不会又重蹈覆辙呢?

LIFESTYLE Thu, 26 Dec 2019
LIFESTYLE Fri, 19 Oct 2018

Penting Kenal Ubat Kalau Tidak Mahu Kena Kesan Alahan Teruk

Penting Kenal Ubat Kalau Tidak Mahu Kena Kesan Alahan Teruk Pada Badan

LIFESTYLE Mon, 3 Dec 2018

DaunPaling Mujarab Merawat 4 Jenis Penyakit Paling Bahaya Di Dunia

Pokok sukun tidak hanya dimanfaatkan bahagian buahnya saja, sebab sudah terbukti lama daun sukun berkhasiat sebagai tanaman ubat.

LIFESTYLE Tue, 16 Oct 2018

Senaman Hanya 1 Minit Boleh Ubah Bentuk Badan

Jangan Kata Senaman Hanya 1 Minit Tak Boleh Ubah Bentuk Badan Anda, Ini Buktinya

error: Content is protected !!