Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi September 13, 2023 @ 1:15pm

Peniaga Nasi Ayam Claypot Viral Nafi Guna Bahan Tak Halal – “Sumpah Demi Allah…”

Baru-baru ini kecoh isu sebuah premis makanan yang menjual Nasi Ayam Claypot Viral apabila didakwa menggunakan bahan masakan tidak halal dan meragukan masyarakat sehingga menjadi perdebatan ramai hingga kini.

Lebih mengejutkan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis itu.

Malah, turut tular kembali rakaman video yang memaparkan keadaan premis tersebut pada 2016.

Terkini, menurut laporan Harian Metro, Ahmad Muzakin, 48, pengusaha Nasi Ayam Claypot itu tampil menjelaskan dakwaan mengenai premisnya di Sri Petaling tersebut menggunakan wain beras dalam masakan.

“Sumpah demi Allah SWT saya tidak menggunakan bahan terlarang seperti ditularkan netizen. Ini maruah saya dan sebagai umat Islam saya bertanggungjawab serta ikhlas berniaga untuk rezeki halal keluarga.

“Saya mengaku premis saya memang tiada sijil halal daripada Jakim tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama. Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah Muslim dan saya tahu tanggungjawab, malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan,” ujarnya.

Menurut Ahmad, dia menegaskan bahan yang digunakannya diyakini halal namun kilang pengeluar tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama.

“Dua botol itu adalah minyak bijan dan apabila guna dua botol secara terus, saya akan dapat titisan minyak berganda tanpa banyak kali menuangnya cuma saya akui kilang (pengeluar minyak bijan) itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.

“Kalau kata saya memasukkan bahan terlarang dalam botol minyak bijan itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi, jadi macam mana saya masukkan bahan itu.

“Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal,” katanya

Biarpun dikecam teruk, bapa kepada tiga anak ini tetap positif dan menganggap ia adalah ujian mereka dalam mencari rezeki.

Tambahnya, dia juga mahu membuat permohonan sijil halal kepada Jakim dan akan mengikuti kursus berkenaan pada Khamis ini.

“Apabila sudah tular dan terkenal seperti ini saya sudah cakap dengan isteri (Rotiya Ropai, 49) nanti mesti akan ada fitnah dan ia memang betul berlaku tetapi saya tidak sedih atau takut hilang pelanggan kerana rezeki Allah yang bagi.

“Macam-macam orang cakap tentang kami hingga mengaitkan asal usul kami. Saya orang Malaysia dan pemegang kad pengenalan biru tetapi saya tidak malu mengaku keturunan saya dari Indonesia dan isteri pula memang asal Surabaya.

“Saya tidak marah dan bersedia menjawab semua soalan pelanggan kerana saya ikhlas berniaga dan bertanggungjawab dengan perniagaan saya. Apa saja pelanggan mahu kepastian boleh tanya saya terus dan saya akan jawab jujur,” jelasnya.

Terdahulu, hangat di media sosial apabila tular beberapa video yang mendakwa premis Nasi Ayam Claypot Ahmad Muzakin menggunakan salah satu botol  berisi bahan terlarang.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Sep 2019

‘Cinderella Latte’ From Starbucks’ Secret Menu Might be the Next ‘Pumpkin Spice Latte’

Two of our favourite things combined; coffee and Disney! Now that is a dream come true.

Trending Thu, 4 Oct 2018

Ini Punca Enam Anggota Bomba Lemas Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat

Takziah diucapkan buat kesemua wira negara ini. Al-Fatihah

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Park Shin Hye And Choi Tae Joon Confirmed To Be Dating!

Park Shin Hye and Choi Tae Joon are the hottest and newest star couple in Korea.

Trending Tue, 5 Oct 2021

Tak Alami Kesan Sampingan, Sasha Saidin Dah Cucuk 4 Dos Vaksin

Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab mendedahkan sudah menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara terbabit. Tidak mengalami kesan sampingan, Sasha yang […]

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Kamal Adli Terlepas Sahur, Akui Sukar Lalui Ramadan Seorang Diri – “Sebelum Ni Selalu Dikejut” 

Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, tidak sedar ‘alarm’ telefonnya berbunyi. 

Hiburan Sun, 3 Aug 2025

Aliff Syukri ‘Tewaskan’ Khairul Aming, Cipta Rekod Jualan Terpantas RM1 Juta

Tahniah Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida 🥰

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bila Ke Panggung Wayang, Jangan PULANG Selagi…

Esok, filem Pulang bakal mula dipertontonkan kepada orang ramai. Karya hebat tulisan Mira Mustaffa ini pasti membuatkan anda tidak mahu berganjak daripada kerusi penonton. Kalau tak percaya, beli tiket esok! Team xtra.com berpeluang menghadiri majlis […]

error: Content is protected !!