Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 5, 2021 @ 6:18pm

Tak Alami Kesan Sampingan, Sasha Saidin Dah Cucuk 4 Dos Vaksin

Anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 44, yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami, Sirhan Wahab mendedahkan sudah menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara terbabit.

Tidak mengalami kesan sampingan, Sasha yang berpindah ke sana selepas berkahwin dengan suami pada Januari tahun lalu sudah menerima dua dos vaksin Sinopharm dan dua dos vaksin Pfizer.

“Walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baru yang semakin agresif membuatkan saya enggan merisikokan diri.

“Saya menerima dos pertama Sinopharm pada Disember tahun lalu dan dos kedua Sinopharm pada Januari lalu. Kemudian, saya menerima dos pertama dan kedua Pfizer pula pada Ogos lalu.

“Saya mengambil dos penggalak (booster dose) ini kerana kerajaan UAE menyarankan penduduk yang mengambil vaksin Sinopharm sebelum ini untuk mengambil dos penggalak jenis Pfizer.

“Alhamdulillah, saya tidak berdepan sebarang kesan sampingan teruk selepas mendapatkan dos penggalak kedua pada 29 Ogos lalu.

“Saya percaya setiap saranan yang dibuat pasti melalui proses kajian yang terperinci dan pihak berwajib juga tidak akan keluarkan saranan ini sewenang-wenangnya.

“Lagipun melihat kepada varian baru yang semakin mengganas, pasti ini adalah salah satu langkah terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Sasha, rata-rata penduduk di sana sudah kembali menjalani kehidupan normal seperti biasa apabila kes jangkitan virus Covid-19 mencatatkan angka rendah setiap hari.

“Jumlah kes positif Covid-19 di sini terkawal iaitu kira-kira 300 saja setiap hari. Kebanyakan aktiviti sudah mula dibuka dan berjalan seperti biasa.

“Kebanyakan pengangkutan awam sudah tidak perlu mengamalkan penjarakan fizikal. Rata-rata penumpang sudah boleh duduk bersebelahan tapi wajib memakai pelitup muka.

“Sekolah juga sudah dibuka sejak bulan lalu. Kanak-kanak di sini juga sudah digalakkan untuk mengambil vaksin.

“Namun, jika ada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka menerima vaksin mereka perlu membawa anak masing-masing menjalani ujian saringan setiap minggu untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Feb 2026

Isu Gaduh Selesai! Kak KM & Kak Nona Kembali Berbaik, Ibu Luah Rasa Sebak – “Akhirnya Anak-Anak Ku Berpelukan”

Kak KM sempat berkongsi momen menyentuh hati itu apabila Kak Nona hadir di kediamannya sebelum kedua-duanya gagal menahan sebak dan saling berpelukan.

Featured Tue, 13 May 2025
Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Featured Wed, 18 Jun 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Makin ‘Power’ Buat Pickup Line – “Patutlah Awak Selalu Ada Dalam Mimpi Saya”

Syed Saddiq dan Bella kelihatan merakamkan momen bersama berjudul, ‘ A Day With My Boss’.

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Beraninya! Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hairul Azreen Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang – “Anak Paskal Betul!”

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah […]

error: Content is protected !!