Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 14, 2019 @ 11:27am

Penting ke Suntikan Vaksin Influenza Untuk Ibu Mengandung?

Setiap ibu mengharapkan agar bayi yang dikandung selama sembilan bulan sepuluh hari itu lahir dalam keadaan sihat dan normal.

Oleh sebab itu, penting untuk seorang ibu mendapatkan imunisasi. Hal ini kerana, ia mampu mencegah jangkitan kuman yang boleh membawa kepada risiko kesihatan kepada bayi.

Doktor Muhammad Izzat dalam satu perkongsian menceritakan betapa pentingnya suntikan vaksin influenza kepada ibu mengandung.

Kalau ibu mengandung ni kena influenza, jangkitan ini mungkin akan jadi lebih serius jika kita bandingkan dengan org yang tak mengandung. Jangkitan influenza untuk orang mengandung lain sikit, kalau kena tu komplikasinya boleh menjadi serius.

Vaksin influenza sangat efektif untuk kebanyakan orang, dan semestinya lebih efektif dari mereka yang tak mengambil vaksin langsung kan?

Vaksin influenza ni bukan sekadar melindungi ibu hamil, anak dalam kandungan pun mendapat perlindungan juga.

Mitos 1 : Cucuk vaksin influenza ni bahaya untuk baby

Vaksin influenza mempunyai rekod keselamatan yang bagus dan TIDAK mempunyai perkaitan risko bahaya untuk ibu dan bayi. Sebaliknya vaksin influenza melindungi IBU dan BAYI.

Kajian menunjukkan jika ibu mengandung mendapat jangkitan influenza, mereka ni berpotensi mendapat komplikasi yang teruk seperti bronchitis dan pneuomnia ( jangkitan peparu) . Ada yang dapat jangkitan telinga, sepsis, meningitis dan encephalitis ( jangkitan pada otak ).

Mitos 2 : Saya ni awal atau pun dah lambat sangat ni nak ambil vaksin influenza. Perut pun dah membesar. Boleh lagi ke?

Kajian telah menunjukkan vaksin influenza ni SELAMAT untuk dicucuk pada bila-bila masa pada semua peringkat kehamilan.

Tidak kisah ia terlalu awal lagi ataupun bila kehamilan dah besar, nak dekat-dekat bersalin pun boleh je cucuk.

Jangan  masa nak meneran baru nak pegi mintak cucuk vaksin influenza kan. Lagi advanced kehamilan, lagi senang nak dapat influenza ni, dan tak terlambat pun nak ambil vaksin tu.

Mitos 3 : Alahhh selsema je pun, takyah la mengada sangat nak vaksin bagai. Selsema boleh baik sendiri kan?

Bukan sebarang selsema tau. Selsema yang disebabkan oleh influenza ni sangat mudah berjangkit melalui batuk, atau tiba-tiba orang bersin sebelah korang ( mana tau kan dia ada virus  tu ke tak ? ).

Simptom influenza ni datang dengan cepat, seperti demam, sakit-sakit badan, sakit sendi dan penat melampau. Selsema yg disebabkan oleh influenza ni bukan macam selsema biasa – boleh jadi teruk untuk orang mengandung.

Dalam keadaan yg tertentu ( amat jarang ) jangkitan influenza ni boleh sebabkan keguguran, bayi mati dalam kandungan, bayi lahir pramatang dan bayi yang kecik.

Mitos 4 : Nama pun vaksin selsema kan? Nanti lepas cucuk dapat selsema pulak. Tidak mahu lah !

Vaksin influenza mengandungi jenis virus yang telah dilemahkan, atau virus yg telah dibunuh. Virus-virus jenis ini TAKBOLEH menyebabkan korang kena selsema.

Mitos 5 : Saya dah cucuk vaksin influenza ni tahun lepas, buat apa nak cucuk lagi? Sekali cucuk dah la. Ingat sedap ke cucuk-cucuk ni?

Virus yg sebabkan influenza ni berubah-ubah setiap tahun. Ini bermakna kalau flu ( dan vaksin ) pada tahun lepas, mungkin tak sama dengan virus pada tahun ini dan tahun berikutnya. Walaupun korang sudah ambil vaksin influenza ni tahun lepas, kalau ada mengandung pada tahun ni, tetap disarankan amek vaksin tu. Tiada siapa pun suka nak cucuk-cucuk orang banyak kali. Kalau dah perlu vaksin, ape salahnya kan?

Saya tak jual vaksin. Saya tak bekerja untuk syarikat vaksin. Saya tak dapat duit bila cakap vaksin influenza ni bagus untuk mak buyung. Tapi tanggungjawab saya untuk menjaga kesihatan wanita mengandung, sebab kalau dapat influenza, jangkitan nya bukan biasa-biasa.

Bukan semua vaksin selamat untuk orang mengandung, tapi influenza vaksin ni memang selamat dan disarankan pengambilannya.

Vaksin influenza ni bukan orang mengandung sahaja disarankan ambil. Orang tua, kanak-kanak atau mereka yg selalupergi bercuti sangat disarankan untuk ambil juga.

Sumber : Dr. Muhammad Izzat Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 30 Nov 2019

Kenapa Wujud Tanda Lahir ‘Port Wine Stain’ Pada Tubuh Anak?

Ini Fakta ‘Port Wine Stain’ Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Jika Ada Anak Anda Mengalaminya!

Events Fri, 2 Aug 2019

Rahsia Nak Dapatkan Bulu Mata Menawan, Di Mana Lokasi Paling Sesuai?

Idamkan kening mata bak bintang K-Pop? Inilah tempatnya!

LIFESTYLE Thu, 25 Oct 2018

Nak Rumah Tangga Harmoni, Suami Pun Kena Bantu Buat Kerja Rumah

nak rumahtangga kenalah ringan tangan ya bukan mengharap pada di isteri sahaja

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
Fab Foodies! Tue, 27 Nov 2018

Bentong Prison Inmates Learn Recipes Firsthand From Tengku Puan Pahang

Everyone deserves a second chance and Her Royal Highness is trying to show.

LIFESTYLE Fri, 20 Sep 2019

”Free Sugar Tak Bermakna Takda Gula”

KKM Kongsi 36 Nama Lain Gula Yang Dalam Produk Makanan

Fab Foodies! Thu, 20 Dec 2018

让你一夜好眠!专家揭「奇异果6大好处」

你喜欢吃奇异果吗?奇异果富含维生素C、植化素和膳食纤维,小小一颗却有丰富的营养素,因此也有人说奇异果是「水果之王」。

Events Wed, 11 Jul 2018

Anda Peminat K-Pop? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Barangan Eksklusif Daripada Wanna One Hanya Di Cj Wow Shop

Buat pelanggan mahupun peminat Wanna One yang membeli barangan eksklusif ini, anda juga layak menerima hadiah misteri daripada kumpulan popular mereka.

LIFESTYLE Thu, 5 Apr 2018

Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit – WHO

Ketagihan permainan video sememangnya semakin serius sejak kebelakangan ini. Ramai di antara kita yang menganggap bermian permainan video selama 5 ke 6 jam sehari itu adalah normal.

Fab Foodies! Tue, 2 Oct 2018

Berbau Tapi Bagus Untuk Kesihatan, Jom Makan Petai?

Petai yang berbau tetapi diamalkan sebagai ulam kerana banyak khasiat. Antara yang dikongsikan untuk anda

error: Content is protected !!