Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 31, 2020 @ 10:00am

Penuntut Malaysia Di Yaman Merayu Mahu Pulang

” Tolong bawa kami pulang…”

Itu adalah sebahagian dari rintihan para penuntut Malaysia yang kini masih berada di Yaman.

Menurut salah seorang penuntut yang dikenali sebagai Irfan Nazhan Mohd Nasri, keadaaan pelajar-pelajar di sana sangat kritikal.

” Tolong bawa kami pulang. Ada yang sarat mengandung…ada yang menghidap penyakit kronik serta kanser tahap dua.

” Keadaan di Yaman tidak mengizinkan kerana sektor kesihatan mereka kekurangan tambahan pula penutupan pintu sempadan mengakibatkan ada bekalan ubat terputus.”

Mohon kerajaan Malaysia bawa pulang

Justeru itu, beliau meminta kerajaan Malaysia dapat membawa mereka pulang ke tanah air menerusi penerbangan khas.

” Ada rakan saya memegang pasport hampir tamat tempoh. Jika tiada usaha membawa keluar kami dalam masa terdekat mungkin urusan pembaharuan pasport kelak lebih sulit atau penuntut menghidap penyakit kronik berdepan risiko kesihatan,”

Selaku Presiden Permaya Cawangan Hadramaut, beliau memohon agar penuntut Malaysia yang berisiko tinggi diberikan keutamaan untuk pulang ke tanah air memandangkan mereka memerlukan pemeriksaan secepat mungkin.

” Pastinya jika mereka pulang, kelengkapan sektor perubatan di Malaysia jauh lebih baik berbanding di Yaman. Kami berdoa supaya urusan kerajaan dipermudahkan dengan keizinan Tuhan,” Katanya.

Terdahulu, usaha untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Yaman gagal atas beberapa faktor termasuklah isu keselamatan negara tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2024
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Mon, 21 Jul 2025

[VIDEO] Hafiz Suip Akui Gagal Kawal Sifat Amarah Punca Diri & Keluarga Hancur 

Hafiz Suip Kesal Sifat Amarah Hancurkan Rumah Tangga

Featured Tue, 30 Jan 2024
Hiburan Wed, 24 May 2023

40 Tub Nutella Pecah Dalam Kapal Terbang… Peniaga Sedih, Dakwa Syarikat Penerbangan Cuai Kendali Barang

Tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Ojen yang merupakan usahawan kunafa berkongsi pengalaman sedih apabila makanan yang diterbangkan ke Sarawak menggunakan khidmat salah sebuah syarikat penerbangan pecah. Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, dia terkilan selepas melihat […]

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

error: Content is protected !!