Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 20, 2020 @ 12:56pm

Pereka fesyen Malaysia, IPT berganding bahu hasilkan PPE

Sejak pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill tampil dengan insiaitif Jom Menjahit Sambil Beramal di Rumah, Mac lalu, beberapa pereka fesyen lain turut dlihat bekerjasama untuk menghasilkan peralatan perlindungan diri (PPE).

Menariknya,  bukan sahaja mereka menjahit sendiri PPE berkenaan, tetapi juga saling bantu membantu untuk menghasilkan PPE seperti sarung kepala, baju, sarung kasut dan sarung kaki mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beberapa perkongsian dalam media sosial menunjukkan kesemua pereka fesyen berkenaan turut memotong dan menjahit sendiri PPE di rumah masing-masing berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain Radzuan, Datuk Rizalman Ibrahim, Salikin Sidek, Calvin Thoo, Datuk Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini berkongsi dalam media sosial masing-masing bagaimana mereka menghasilkan PPE berkenaan.

Rizalman, umpamanya, berkongsi hantaran yang menunjukkan beliau sendiri menjahit PPE untuk disumbangkan kepada barisan petugas hadapan.

Calvin pula berkongsi bagaimana beliau membersihkan dan menyahkuman lantai sebelum menekap fabrik bukan tenunan (non-woven) yang biasa digunakan bagi menghasilkan PPE.

“Lantai sudah dibersihkan dan dinyahkuman, tangan juga sudah dinyahkuman, hari pertama. Berkati kami semua.

“Terima kasih kepada semua penderma, jauh di sudut hati, saya amat menghargai sumbangan anda. Bersama-sama kita pasti menang (melawan COVID-19),” tulisnya.

Sebelum itu Calvin turut berkongsi gambar beliau dan Salikin yang membantunya menghasilkan ukuran PPE berdasarkan ketetapan KKM.

Seperti kebanyakan pereka fesyen lain, Salikin memotong dan menjahit sendiri PPE di rumahnya. (Gambar dari Facebook Salikin Sidek)

Dalam sidang media perkembangan COVID-19 sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keperluan yang teliti bagi merawat pesakit COVID-19 sejak Januari lalu menyebabkan peningkatan sehingga 10 kali ganda penggunaan PPE berbanding hari biasa.

Sehubungan itu, beliau berkata, KKM menyambut baik sumbangan orang ramai sama ada menghasilkan PPE seperti baju, penutup kepala, sarung kasut mahupun perisai penutup muka.

Selain pereka fesyen, institusi pengajian tinggi (IPT) turut membantu menghasilkan PPE dengan memanfaatkan kepakaran pensyarah untuk menggunakan inovasi bagi menyediakan peralatan seperti perisai muka yang amat diperlukan petugas kesihatan ketika ini.

Kebanyakan IPT yang berkongsi inisiatif berkenaan dilihat bekerjasama dengan pelajar yang ketika ini berada di kampus untuk menghasilkan PPE terbabit.

Antara universiti yang tampil membantu bagi menyumbangkan PPE itu Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Port Dickson.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Tue, 23 Dec 2025

Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Menyifatkan komen yang diberikan itu sebagai keterlaluan, Kamal menegaskan, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar dan melampaui batas sebagai seorang muslim.

Featured Fri, 28 Mar 2025
Featured Tue, 2 Nov 2021

Selepas Penangguhan Selama Sebulan, DBKL Larang Penjualan Arak Bermula 1 November

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguatkuasa larangan penjualan arak (liquor) di premis perniagaan seperti kedai ubat Cina, kedai serbaneka dan kedai runcit bermula Isnin, 1 November 2021. Walaubagaimanapun, premis yang berkenaan masih boleh menjual […]

Featured Wed, 3 Feb 2021
Featured Mon, 25 Nov 2024

Famili Duo 4: Ramai Dapat Standing Ovation, Tomok & Sharul Kamal Kembali Rampas Takhta! Jom Semak Markah Penuh Peserta

Rata-rata peserta mendapat standing ovation dan perfect 10 untuk minggu kelima.

Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru, […]

error: Content is protected !!