Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi May 5, 2026 @ 3:38pm

Perkongsian Pakar, Aktiviti Keluarga Warnai ‘Parent-Preneurs: The Power Duo’, Aisha Retno Turut Meriahkan Acara!

Peranan ibu bapa hari ini bukan lagi sekadar menguruskan keluarga, malah ramai yang semakin kreatif membina komuniti dan berkongsi pengalaman menerusi platform digital. Dalam kesibukan rutin harian, ruang untuk saling bertukar pandangan dan sokongan dilihat semakin penting, khususnya buat ibu bapa moden.

Perkembangan dunia digital juga membuka lebih banyak peluang kepada golongan ibu dan bapa untuk berkongsi tip kehidupan, pengalaman membesarkan anak serta menjana pendapatan sampingan melalui kandungan media sosial dan platform afiliasi.

Dalam masa sama, gaya hidup keluarga kini turut berubah seiring keperluan harian yang lebih praktikal dan fleksibel. Bukan sahaja aspek penjagaan anak menjadi perhatian, malah keperluan rumah tangga dan rutin seisi keluarga turut memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

Atas kesedaran itu, semakin banyak platform diwujudkan bagi menghimpunkan komuniti ibu bapa dalam suasana lebih santai dan dekat dengan realiti kehidupan masa kini. Pendekatan seperti ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu, malah mengeratkan hubungan dalam komuniti keluarga moden.

Menyedari kepentingan tersebut, jenama penjagaan bayi Drypers dan Vinda tampil menganjurkan Parent-preneurs: The Power Duo yang berlangsung di Pusat Persidangan dan Acara The Vertical Connexion, Bangsar South, baru-baru ini.

Dianjurkan sebagai kesinambungan kepada inisiatif Power of Parent-preneurs yang diperkenalkan tahun lalu, platform berkenaan kini diperluaskan dengan memberi fokus terhadap gaya hidup keluarga moden yang lebih menyeluruh.

Bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bayi, kolaborasi dua jenama itu turut mengetengahkan aspek rutin harian keluarga, kebersihan rumah dan peranan komuniti ibu bapa dalam berkongsi pengalaman serta menjana pendapatan menerusi platform digital.

Acara sehari itu menghimpunkan kira-kira 700 ibu bapa, pencipta kandungan dan rakan afiliasi dalam suasana santai serta interaktif.

Pengunjung turut diberi peluang melihat secara dekat produk Drypers Wee Wee Dry yang dipertingkatkan, selain rangkaian produk Vinda Deluxe Kitchen.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai aktiviti keluarga, sesi rangkaian pencipta kandungan, persembahan khas penyanyi Aisha Retno serta sesi perkongsian bersama Pakar Perunding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik, Dr. Mimi Wong.

Menurut Ketua Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling, platform berkenaan diwujudkan bagi membantu memudahkan kehidupan harian keluarga selain membuka peluang kepada ibu bapa untuk menjana pendapatan melalui perkongsian pengalaman sebenar.

“Tahun lalu, Drypers memperkenalkan Power of Parent-preneurs bagi membantu ibu bapa melalui produk berkualiti dan panduan yang lebih jelas.

“Tahun ini, kami mengembangkan idea itu dengan menyatukan Drypers dan Vinda di bawah satu platform yang mencerminkan realiti kehidupan keluarga masa kini,” katanya.

Antara produk yang diketengahkan termasuk Drypers Wee Wee Dry yang tampil dengan getah pinggang fleksibel dan perlindungan kebocoran tambahan, selain produk tisu dapur Vinda Deluxe yang direka untuk kegunaan harian di rumah.

Melalui pendekatan lebih dekat dengan komuniti keluarga moden, Parent-preneurs: The Power Duo dilihat bukan sekadar platform memperkenalkan produk, tetapi juga ruang untuk ibu bapa berkongsi pengalaman dan membina sokongan komuniti dalam kehidupan seharian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

Acara Mon, 6 Mar 2023
Acara Tue, 22 Nov 2022

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Wow menariknya!! Ada konsert WINGS, dikir barat oleh Issey, wayang kulit Pok Chu, bunga api dan banyak acara menarik lain! Jangan lepaskan peluang pergi PJ Folklore 2022 okey! 🤩🤩🤩

Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Wed, 10 Apr 2019
Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Sat, 17 Aug 2019
Acara Sun, 22 Sep 2019

Mira Filzah lancar Honor 20 Pro Icelandic Frost

Warna merah jambu berkilau memikat wanita

error: Content is protected !!