Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 22, 2024 @ 2:13pm

Kes Pecah Rumah Usahawan & Influencer Wanita Hilang RM3.5 Juta, Polis Jumpa Semula Peti Besi Dalam Sungai

Usahawan dan pempengaruh wanita yang kerugian RM3.5 Juta selepas peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan dua minggu lalu dapat menarik nafas lega apabila berjaya ditemui semula.

Susulan penahanan empat suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun itu, polis turut menemukan semula peti besi yang dilarikan, selain empat jongkong emas, pelbagai barangan kemas, beg berjenama serta wang tunai yang semuanya dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan semua suspek itu ditahan pada 5 Mac lalu oleh Unit Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di batu Pahat, Johor.

“Menerusi tangkapan itu, polis Selangor merampas pelbagai jenis barang kemas, jam tangan serta pelbagai beg berjenama yang dipercayai hasil pecah rumah.

“Semua suspek direman Polis Selangor sehingga 16 Mac lalu sebelum diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes pecah rumah yang berlaku di Padang Balang itu.

“Mereka direman sembilan hari sehingga 25 Mac ini dan hasil soal siasat, suspek mendedahkan lokasi peti besi yang dilarikan dalam kes itu.

“Pada 19 Mac lalu, dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kita berjaya menemui peti besi berkenaan yang dibuang dalam Sungai Sembrong di Batu Pahat,” katanya.

Allaudeen berkata, pemeriksaan pada peti besi itu menemukan semula empat jongkong emas bernilai RM1 juta yang gagal ditemui suspek kerana disimpan dalam petak tersorok dalam peti besi itu.

“Secara keseluruhan, kita menemui semula empat jongkong emas, 15 rantai emas, 14 gelang emas, dua cincin emas, tujuh beg berjenama dan masing-masing satu loket emas dan subang emas dengan nilai dianggarkan RM2.1 juta.

“Pihak polis turut menemui semula wang tunai RM60,000 daripada keseluruhan RM400,000 yang dilarikan dalam kes ini dan kita masih mengesan bakinya,” katanya.

Allaudeen berkata kumpulan ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes pecah rumah di Kelantan dan Selangor, selain di ibu kota dengan modus operandi mereka menyasarkan ahli perniagaan dan pempengaruh media sosial.

“Siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun adalah dalang utama kumpulan ini dan semakan mengesahkan lelaki itu mempunyai 20 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah. Tiga suspek wanita turut mempunyai beberapa rekod lampau.

“Menerusi penahanan semua suspek ini, kita percaya berjaya menyelesaikan kes pecah rumah di Padang Balang pada 4 Mac lalu. Kita juga merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pecah Rumah Larikan RM3.5 Juta Milik Usahawan & Influencer Wanita, Polis Ambil Keterangan Keluarga

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Bahagia Bersama Isteri, Aeril Tiada Niat ‘Show Off’

Usia perkahwinan yang sudah memasuki tujuh tahun ini,  Aeril mengakui dia dan isterinya sudah cukup matang dalam mengawal emosi termasuklah hal rumah tangga tanpa ada rasa cemburu atau terasa hati lagi

Featured Sun, 6 Jun 2021

Mira Filzah Kongsi Cara Tidak Dedah Lengan & Aurat Ketika Ambil Suntikan Vaksin

Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah baru baru ini berkongsi pengalaman sewaktu menerima suntikan vaksin. Berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya, Mira mendedahkan bahawa terdapat cara bagi perempuan muslimah untuk menjaga aurat ketika menerima vaksin. […]

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Sebaknya! Macam cerita Habibie & Ainun pulak dah😭😭😭Moga Izzue & Awin bahagia sampai syurga.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Siti Nurhaliza Terkejut Tengok Gelagat Anak Di Sesi Photoshoot!

Alololo…Comelnya Aafiyah anak ibu ni.

Trending Thu, 14 Jun 2018

Kim Jong Un Literally Brings a Portable Toilet Everywhere He Goes

But there’s a really good reason why he’s doing so.

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

error: Content is protected !!