Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 5, 2024 @ 2:27pm

Rahsia Gadis Escort Terbongkar? Mimi Lana Sahut Cabaran Bawa Watak Bekas Kupu-Kupu Malam Dalam Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana!

Seorang gadis escort yang kini hidup bahagia selepas berhijrah mendapati hidupnya kini kucar-kacir apabila diganggu oleh seseorang daripada kehidupan lampaunya. Apakah rahsia lampau bakal terbongkar?

Jangan lupa saksikan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

SINOPSIS:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’ sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton di Apps Store dan Play Store sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Kalau Jadi Juara Mentor 7, Pasya Mahu Buka Studio

Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi memberitahu sekiranya dia berjaya membawa pulang gelaran juara malam nanti, dia memiliki impian peribadi. Apa tu agaknya?

Featured Mon, 30 Dec 2024

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Fazura menegaskan bahawa dia kini bukanlah Puan sebaliknya mahu dipanggil Cik.

Featured Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Featured Wed, 17 Nov 2021

Ikon Hijab Hana Tajima Tampil Dengan Imej Nampak Rambut, Akui Hadapi Tekanan

Pernah menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk berhijab suatu ketika dahulu, Hana Tajima baru-baru ini mendedahkan imej baharunya yang menampakkan sebahagian rambut menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad. Menurut Hana, dia mulai faham mengapa ‘role […]

Featured Sat, 21 Jan 2023
error: Content is protected !!