Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Padin October 29, 2025 @ 12:35pm

Raikan Kejayaan Usahawan Lokal, Safee Sali Meriahkan Pembukaan Ahmad’s Fried Chicken Seksyen 19 Shah Alam

Seperti legenda bola sepak Malaysia Safee Sali yang pernah mengharumkan nama negara di pentas dunia, Ahmad’s Fried Chicken juga melangkah ke hadapan sebagai jenama tempatan yang terus mencipta sejarah dalam bidang keusahawanan makanan.

Kedua-duanya berkongsi semangat yang sama iaitu kerja keras, disiplin dan tekad untuk berjaya atas usaha sendiri.

Perjalanan itu diraikan baru-baru ini apabila Safee hadir merasmikan pembukaan cawangan ke-45 Ahmad’s Fried Chicken yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam, baru-baru ini.

Majlis penuh mesra komuniti itu turut dihadiri tetamu jemputan, rakan media dan penduduk sekitar yang tidak melepaskan peluang meraikan kejayaan jenama tempatan ini.

Menurut pengasas Ahmad’s Fried Chicken, Taufik Khairuddin, kehadiran Safee cukup simbolik dengan nilai perjuangan yang dibawa jenama itu.

“Safee Sali seorang pejuang di padang, manakala Ahmad’s berjuang dalam dunia perniagaan. Kedua-duanya menunjukkan bahawa semangat dan usaha tidak mengenal batas, asalkan kita percaya pada cita-cita,” katanya.

Safee dalam pada itu menyifatkan kejayaan Ahmad’s sebagai inspirasi kepada anak muda untuk berani mencuba dan mencipta ruang kejayaan sendiri.

“Bagi saya, Ahmad’s bukan sekadar makanan sedap, ia bukti bahawa dengan semangat dan kerja keras, jenama tempatan juga boleh berdiri sama tinggi dengan yang lain,” ujarnya.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti keluarga seperti pertandingan mewarna, permainan Roda Hadiah dan cabutan bertuah, menjadikan suasana lebih ceria dan mesra komuniti.

Dengan lebih 40 cawangan di seluruh negara, Ahmad’s Fried Chicken terus komited memperluas rangkaiannya sambil mengekalkan rasa asli dan identiti Malaysia yang menjadi kebanggaan setiap pelanggannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Sat, 24 Aug 2019

传统精髓及全新口感!为顾客带来舌尖上的非凡体验

9月13日是今年的中秋节,为了迎接这个最受欢迎的传统农历节日之一,云顶世界特推出一系列不同种类的招牌月饼,为顾客带来舌尖上的非凡体验。

Fab Foodies! Sun, 22 Sep 2019

2款超简单清热凉茶!煮给全家降降火

天气热烟霾来袭!赶快动动手,在家煮这两款「超简单」处理的凉茶,给全家人降降火。

Fab Foodies! Thu, 7 Nov 2019

Brunch; When Does It Become A Thing? And Why?

Some call it late breakfast, some call it early lunch. But what is brunch?

Fab Foodies! Mon, 15 Jul 2019

黄瓜有7个神奇功效!但食用不要随意搭配

黄瓜有「平民蔬菜」之称,脆甜多汁、物美价廉,而且有美容减肥、利尿防病的功效,受到人们的喜爱。于是,很多人都喜欢吃黄瓜,然而吃黄瓜也有禁忌。

Fab Foodies! Tue, 3 Feb 2026

Jom Iftar! Nostalgia Rasa Malaysia Semarakkan Bulan Ramadan

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026

Fab Foodies! Wed, 1 Aug 2018

中秋月饼 • 吃出希望的味道

这个中秋佳节在与家人朋友品尝美味月饼之际,你也可以做善事!今年国家肾脏基金会(NKF)再次与海外天合作,发起「慈善月饼」活动,把所有的收益捐给国家肾脏基金会以资助该中心的肾脏病人。

Fab Foodies! Fri, 10 Aug 2018

番茄汁连喝8周「腹部脂肪少一半」研究证实:是真的!

承认吧!好吃懒做、宅在家吹冷气追剧的结果,就是你那圆滚滚的小腹。想瘦,却总是做个几下仰卧起坐就没力?

Fab Foodies! Thu, 1 Mar 2018

情侣都曾吵过的小事「Hangry」饿到怒

大概人人都有过「饿到怒」的经验,但肚子极为饥饿的时,情绪自然而然就不好,耐心下降、说话口气差,而这样的情形在2018年终于有个精准的英文单字来表达,它就是「Hangry」,是饥饿「Hungry」结合生气「Angry」的意思,Hangry被牛津字典列入2018新单字之一。

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 

error: Content is protected !!