Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 24, 2020 @ 12:02am

Rakyat diminta terus patuhi SOP untuk hentikan rantaian COVID-19

Rakyat diminta patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan meskipun sudah menyediakan pelbagai perancangan untuk meraikan Aidilfitri yang akan disambut esok di seluruh negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB), orang ramai masih berpeluang meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarga.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
 Foto: BERNAMA

Katanya, meskipun sambutan Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan terkawal dan perlu mematuhi SOP, apa yang dilakukan oleh Kerajaan itu adalah untuk kebaikan rakyat.

“Rakyat mungkin tidak selesa dengan pelaksanaan PKPB dan SOP, namun apa yang Kerajaan lakukan ini adalah untuk kepentingan kita bersama.

“Langkah ini juga bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi untuk memastikan kita dapat memutuskan rantaian dan penyebaran COVID-19 demi keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Masyarakat perlu patuhi SOP pada Aidilfitri bagi elak peningkatan kes baharu COVID-19

Sehingga 22 Mei 2020, sebanyak 63 kes dilaporkan pulih dan dibenarkan keluar hospital sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 5,859 kes.

Namun begitu, pada tarikh sama terdapat 78 kes baharu yang dilaporkan menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,137.

Rakyat diminta patuhi SOP meskipun seronok berhari raya demi memutuskan rantaian COVID-19 – gambar hiasan. Foto NSTP/Owee Ah Chun,

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, rakyat yang sudah bersedia dengan sambutan Aidilfitri diminta memberi kerjasama penuh agar mematuhi PKPB dan SOP.

“Kita masih boleh menyambut Hari Raya bersama keluarga terdekat yang kita sayangi di dalam rumah kita sendiri.

“Bagaimanapun, kita perlu patuh dengan SOP iaitu tidak melebihi 20 individu dalam sambutan berkenaan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

Featured Fri, 15 Mar 2019
Featured Tue, 3 Jun 2025

“Beraninya Mereka Jadikan Neraka Sebagai Gurauan”- PU Syed

PU Syed tampil menegur tindakan seorang pempengaruh dari negara Indonesia yang menjadikan neraka sebagai bahan gurauan.

Featured Tue, 4 Oct 2022
Events Mon, 12 Aug 2024

Shah Firdaus Sebak Gagal Bawa Pulang Pingat – “Saya Dah Janji Nak Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah”

Allahu, moga ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Come back stronger Shah!🔥💪

Featured Thu, 16 Apr 2026

Daiyan Trisha Anggap Individu Bandingkan Kecantikan Muka & Tangan Sebagai Kelakar – “Itu Anggota Yang Paling Saya Suka Tentang Diri Saya” 

Daiyan Trisha, menyifatkan tindakan segelintir individu yang membandingkan kecantikan wajah dan tangannya sebagai sesuatu yang melucukan.

error: Content is protected !!