Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2025 @ 2:13pm

Rangga & Cinta Hidupkan Semula Lagu Ikonik ‘Ada Apa Dengan Cinta?’ Di Pawagam!

Filem Rangga & Cinta bakal mencuri tumpuan penonton apabila ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 November 2025, membawa kembali keindahan kisah cinta lagenda Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) dalam bentuk drama muzikal moden yang penuh emosi.

Menggabungkan nostalgia dan pembaharuan, filem ini bukan sahaja menampilkan semula watak-watak yang pernah mencipta fenomena, malah menghidupkan lagu-lagu ikonik AADC dengan susunan muzik baharu yang lebih memukau.

Album runut bunyi filem ini menampilkan 12 lagu, termasuk 9 lagu klasik yang diberi sentuhan segar dan 3 lagu eksklusif khas untuk filem. Di bawah kreativiti Melly Goeslaw dan Anto Hoed, setiap lagu diolah dengan gaya moden tanpa mengorbankan jiwa dan keindahan melodi asal yang telah lama melekat di hati peminat.

Beberapa lagu terkenal seperti Bimbang dan Tentang Seseorang hadir dengan nafas baharu yang lebih segar dan bertenaga, manakala Kubahagia dibawakan dengan sentuhan indie rock yang berani. Lagu Di Mana Malumu pula diubah menjadi versi electro pop moden, lebih dekat dengan cita rasa generasi kini.

Yang menarik, barisan pelakon utama turut menyumbangkan suara dalam beberapa lagu. Leya Princy, sebagai Cinta, menyampaikan lagu baharu Untuk Rangga dengan penuh emosi, manakala Rafi Sudirman menyerlah dengan lagu Truly, Madly, Deeply Hate You berirama rock, menambah dimensi baharu kepada perjalanan emosi watak utama.

Kumpulan ‘Geng Cinta’ juga menyumbang lagu Di Mana Cinta, menambahkan warna dan kemeriahan dalam suasana muzik filem ini. Lagu baharu ini menguatkan tema cinta dan persahabatan, yang menjadi nadi kepada keseluruhan cerita.

Tidak ketinggalan, lagu tema utama ‘Rangga Cinta’, nyanyian Bilal Indrajaya dan Eva Celia, menjadi simbol penyatuan generasi, menggabungkan suara baharu dan pengalaman lama dalam harmoni indah. Lirik nukilan Melly Goeslaw bersama Mira Lesmana pula menambahkan kedalaman emosi, menjadikan setiap melodi terasa hidup selari dengan perjalanan cinta Rangga dan Cinta di layar perak.

Bagi peminat setia Ada Apa Dengan Cinta?, Rangga & Cinta bukan sahaja membawa kembali nostalgia lama, malah menghidupkannya dengan jiwa baharu yang segar, moden, dan penuh emosi. Jangan lepaskan peluang menyaksikannya di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 November 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Bell Ngasri Berseloroh, ‘Warning’ Fattah Amin Minta Nyanyi Live Tanpa Guna Mikrofon – “Kalau Nyanyi Tak Sedap Pun, Orang Tak Marah”

Meskipun tidka menyebut nama mana-mana pihak, namun netizen berasa kurang senang dengan tidnakan Bell.

Featured Wed, 15 Nov 2023

Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Sampai macam tu netizen back up Shakilla👋👋👋

Featured Fri, 6 Aug 2021

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di […]

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Fasha Sandha Terima Lamaran Kahwin?

Alahai, cuba nasib ya dik? Semalam, pelakon Fasha Sandha telah berkongsi kisah lamaran seorang pemuda di laman Instastory.

Featured Tue, 28 Feb 2023

“Jujurnya Saya Takut” – Disangkakan Sakit Gastrik, Zulin Aziz Terpaksa Menjalani Pembedahan Segera

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zulin dan diberi kesembuhan segera

error: Content is protected !!