Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin October 9, 2019 @ 8:43pm

Realme siri ke-5 penanda aras terbaharu untuk segmen telefon pertengahan

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Realme Malaysia melancarkan dua peranti untuk segmen telefon pertengahan terbaharu mereka untuk siri ke-limanya iaitu realme 5 dan realme 5 Pro. Telefon ini bukan sahaja menawarkan kuailiti quad kamera, malahan turut dijana dengan cip memproses yang lebih berkuasa dalam mengukuhkan lagi prestasi peranti jenama berkenaan.

Dengan menggunakan slogan ‘Dare to Leap,’ pengenalan dua telefon terbaharu daripada realme itu membuktikan akan kemampuan realme Malaysia untuk merevolusikan pasaran bagi telefon segmen pertengahan dengan pelbagai tawaran mengujakan.

Antaranya penawaran servis dan teknologi yang pastinya meletakkan penanda aras baharu terhadap penghasilan telefon dalam kelompok jenisnya.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh, berkata kelebihan utama produk realme yang terbaharu dan juga yang sebelumnya ialah menawarkan sebuah peranti telefon yang berprestasi tinggi pada harga mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif realme Malaysia, Hunter Wang (dua kanan) bersama Tiffany Teh (dua kiri) dan Pengurus Produk realme, KC. Har (tiga kiri) ketika Majlis Pelancaran telefon pintar quad kamera yang pertama- Realme 5 dan Realme 5 pro di EX8 Event Venue & Space 3, SS13/4, Subang Jaya. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

“Ini berlawanan dengan kebiasaan kepercayaan yang sering kita dengar iaitu untuk mendapatkan peranti telefon yang bagus, pengguna perlu mendapatkannya dengan harga yang mahal.

“Keupayaan kami dalam menyediakan telefon pintar yang berkualiti telah mendapat reaksi yang cukup baik daripada pengguna yang menggunakan produk kami.

“Sebagai contoh, realme telah mendapat pengiktirafan daripada Lazada sebagai jenama yang berjaya mendapat jualan tertinggi di platform jualan atas talian tersebut,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar berkenaan yang berlangsung di Subang Jaya, baru-baru ini.

Tambah Tiffany lagi, dengan hasil jualan yang secara globalnya meningkat sebanyak 848 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 2018, angka itu telah memberikan keyakinan buat realme untuk membuka sebuah kedai rasminya di Malaysia.

Antara ciri bersama yang dikongsikan oleh dua peranti baharu dalam relame siri kelima adalah empat jenis kecerdasan buatan (AI) bagi quad kameranya iaitu lensa sudut ultra lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

Model menunjukkan pilihan warna yang boleh didapatkan pada siri telefon pintar Realme 5 dan Realme 5 pro. NSTP/INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA

Selain itu, penggunaan sistem operasi Color OS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie oleh realme 5 dan realme 5 pro pastinya akan memberikan rekaan grafik skrin kekunci, home page dan notifikasi yang lebih menarik untuk pengguna.

Berikut merupakan ciri-ciri lain bagi realme 5 dan realme 5 pro.

Realme 5 – Quad Camera PowerHero

  • Dua warna baharu iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple
  • Skrin paparan 6.5 inci Full HD+
  • Snapdragon 655 AIE, enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0HGz
  • Quad kamera AI – 119 darjah sudut ultra lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP) serta AI kamera hadapan (13MP)
  • Bateri sebesar 5000 mAh

Realme 5 pro – Quad Camera SpeedMaster

  • Hadir dengan warna Crystal Green dan Sparkling Blue
  • Skrin paparan 6.3 inci FHD+ dewdrop
  • Snapdragon 712 AIE, enjin GPU Qualcom Andreno 616 generasi ketiga dengan CPU berkelajuan 2.3 GHz yang berupaya untuk mempercepat perkomputeran AI di dalam telefon.
  • Quad kamera AI – 119 darjah sudut ultra lebar (8MP), kamera utama Sony IMX 586 (48MP), lensa potret (2MP), dan lensa ultra makro (2MP) serta AI kamera hadapan Sony IMX471 (16MP)
  • Bateri sebesar 4035 mAh
  • Set pengecas pantas 20W VOOC Flash Charge 3.0

Dua telefon pintar siri realme ini berpeluang untuk dimiliki pada harga serendah RM1,099 bagi realme 5 pro dan RM599 bagi realme 5.

Realme 5 pro akan berada di pasaran bermula 10 Oktober 2019 eksklusif di Lazada, sementara relme 5 pula bermula pada 17 Oktober 2019, juga di platform jualan yang sama. 

Sebarang maklumat lanjut mengenai jualan menersi dalam talian, layari http://bit.ly/realme5remind

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 26 Nov 2018
Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018

Jurufoto Keluarga Diraja Britain Kongsikan Gambar-Gambar Kegemarannya Dari Tahun Ini

Lihatlah saat-saat candid mereka yang anda jarang dapat tengok.

Acara Wed, 29 May 2019
Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Hanya Guna Gula Dan Lemon Untuk Tanggalkan Bulu Pada Anggota Badan. Memang Jimat!

Memang jimat! Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk menanggalkan bulu, hanya guna cara ini saja!

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara Kerana Mendisiplinkan Anak Dengan Merampas Telefon Bimbitnya!

Eh, salah ke sebagai ibu untuk berbuat demikian sampai kena masuk jel?

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Tak syoknya bila tak ada makanan halal di Disneyland. Takkan nak kena bawa makanan sendiri pula?

Acara Thu, 18 Jun 2020

Piza Nasi Lemak, cita rasa unik terbaharu daripada Pizza Hut

Kombinasi harmoni piza dan nasi lemak mesti cuba!

Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.

Featured Thu, 14 May 2020
error: Content is protected !!