Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2026 @ 5:41am

Remy Ishak Terperanjat Aktres Baharu ‘Terbabas’ Di Set, Aksi Luar Skrip Jadi Punca – “Ada ‘Sepak Terajang’ Ketika…”

Pelakon terkenal, Datuk Remy Ishak, 44, berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, Mikael: Pemburu Dua Alam, apabila rakan gandingan, Ahirine Ahirudin bertindak di luar skrip.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Zalimei Ishak ini, kejadian itu berlaku apabila Ahirine terbawa emosi hingga melakukan aksi yang tidak dirancang, sekali gus mencetuskan suasana tegang di lokasi penggambaran.

Aktor anak jati Melaka itu bagaimanapun memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut dan menganggapnya sebagai lumrah dalam dunia lakonan.

“Saya lihat ini sebagai perkara biasa dalam produksi, jadi tidak perlu diperbesarkan. Mungkin dia rasa bersalah, tapi saya sendiri tidak ambil hati.

“Ada sedikit rasa ketika di set, tetapi bagi saya ia tidak wajar dipanjangkan, apatah lagi dia bukan datang daripada latar belakang lakonan, sebaliknya pempengaruh media sosial,” katanya kepada XTRA.

Remy ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem itu di GSC Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Tambah Remy, Ahirine masih dalam proses menyesuaikan diri sebagai pelakon, terutama dalam mengawal emosi ketika menjayakan babak berintensiti tinggi.

“Bila dia marah, emosi itu benar-benar terbawa hingga sukar membezakan antara lakonan dan situasi sebenar.

“Ada ketika dia hilang kawalan dan melakukan aksi yang tidak ada dalam skrip seperti tersepak atau terajang.

“Tapi saya tidak melihat perkara ini secara serius. Biasalah, pelakon baharu masih belajar mengawal emosi dan teknik lakonan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Komen Emoji Hati Terhadap Aktres Indonesia Jadi Bualan, Remy Ishak Komen: “Isteri Saya Tahu Semua”

Remy turut menjelaskan bahawa insiden tersebut berlaku di luar perancangan asal, khususnya dalam babak yang memaparkan konflik antara watak mereka sebagai adik-beradik.

“Dalam babak itu, memang tiada aksi seperti itu dirancang. Watak saya sebagai abang hanya menghalang dia daripada terlibat dengan dunia ghaib, manakala wataknya perlu melawan.

“Namun, emosi yang dibawa melebihi apa yang ditulis dalam skrip,” katanya.

Susulan kejadian itu, Remy memaklumkan bahawa dia telah berbincang dengan pihak produksi bagi memastikan situasi sama tidak berulang.

“Saya ada berbincang dengan produksi supaya dia diberi nasihat untuk lebih tenang dan mengawal emosi. Alhamdulillah, keadaan sekarang sudah kembali baik.

“Dalam industri ini, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan tidak menyimpan perasaan.

“Pelakon baharu juga belajar daripada yang lebih berpengalaman, jadi reaksi negatif hanya akan memanjangkan isu,” katanya.

Filem Mikael: Pemburu Dua Alam arahan Zahir Omar yang menggabungkan elemen aksi, komedi dan dunia ghaib kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Apa Lagi Elfira Loy Nak?

Wah, El memang cantik pun

Events Mon, 15 Oct 2018

Malaysian Fans Felt Like True ‘Winners’ as They Watch Winner Perform Live

Anyone will feel like a champ as they enjoy the powerful guys’ performances.

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allahyarhamah Siti Sarah beroleh syurga❤

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Kurang 24 Jam, Video Kejutan Raisa Buat Suami Dapat Jutaan Tontonan

Menerusi video bertajuk Our Little Light itu, suaminya Hamish Daud dilihat terkejut seterusnya mengalirkan air mata selepas isterinya menunjukkan keputusan ujian kehamilan.

error: Content is protected !!