Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi February 9, 2026 @ 10:20am

Rossa Terjun Dunia Podcast, ‘Habis Cerita’ Jadi Ruang Jujur Tiga Sahabat Sejati

Selepas lebih dua dekad mengukir nama sebagai diva muzik Nusantara, Datuk Seri Rossa mencipta satu lagi momen baharu dalam kerjayanya apabila buat pertama kali tampil sebagai hos podcast.

Podcast berjudul Habis Cerita itu menyaksikan Rossa bergandingan bersama dua sahabat baiknya, pelakon terkenal Nora Danish dan usahawan Natasha Ozeir, sekali gus membuka sisi berbeza persahabatan mereka yang jarang disorot.

Menurut Rossa, idea untuk menghasilkan podcast tersebut tercetus secara spontan ketika mereka bercuti bersama di Bali, Indonesia. Tanpa perancangan rapi pada awalnya, perbualan santai antara tiga sahabat itu akhirnya membawa kepada satu projek yang dekat di hati.

“Pada mulanya sekadar berbual kosong. Kami sendiri belum tahu topik apa yang mahu diketengahkan. Tapi selepas berbincang, kami jumpa hala tuju podcast ini,” katanya.

Rossa menyifatkan Habis Cerita sebagai ruang ‘me time’ buat dirinya, selain peluang berkongsi pengalaman hidup bersama peminat memandangkan mereka datang daripada latar kerjaya yang berbeza.

Lebih istimewa, podcast ini turut menjadi simbol penghargaan terhadap persahabatan yang sudah terjalin hampir 20 tahun.

“Saya kenal Nora ketika kami sama-sama menghiasi muka depan majalah kira-kira 20 tahun lalu. Manakala Tasha pula saya kenal melalui Joe Flizzow dan sejak itu kami semakin rapat,” jelasnya.

Sementara itu, Nora Danish berkata hubungan mereka kekal utuh kerana masing-masing tidak pernah menyimpan perasaan iri hati terhadap kejayaan rakan lain.

“Kami bukan jenis mudah terasa. Kalau ada isu, kami boleh ketawa dan selesaikannya. Walaupun jarang jumpa, bila berjumpa tetap akrab,” ujarnya.

Tambah Nora, konflik adalah perkara biasa dalam persahabatan, namun mereka memilih pendekatan forgive and forget demi menjaga hubungan jangka panjang.

Dalam pada itu, Natasha Ozeir memaklumkan Habis Cerita, yang bakal bersiaran di saluran YouTube, akan menampilkan tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk individu biasa yang mempunyai kisah hidup luar biasa.

“Kami bukan hanya mahu jemput golongan terkenal. Saya juga ingin dengar kisah pengawal keselamatan dari Nepal, pasti mereka ada cerita hidup yang menarik,” katanya.

Natasha berharap podcast tersebut dapat memberi manfaat kepada penonton dan membuka ruang perbualan yang jujur, santai serta penuh makna.

Podcast Habis Cerita dijangka menjadi platform perkongsian realiti hidup, persahabatan dan pengalaman yang jarang didedahkan kepada umum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Jul 2025

Ikut Trend S-Line, Zoey Rahman Dikecam Sengaja Buka Aib – “Bangga Sangat Ni”

Zoey Rahman antara artis yang mengikuti trend S-Line.

Featured Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Fri, 10 May 2019

「大马好女声」林文荪608办售票音乐会

「大马好女声」林文荪608首场个人售票音乐会!明早10时开始售票~

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

Featured Sat, 6 Nov 2021

Wany Hasrita Nafi Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat – “Kalau Sudah Ada Kad Jemputan, Barulah Kita Tahu”

Pelantun lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita menafikan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat selepas terdapat segelintir warganet mendakwa Wany bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang. Tegasnya, dia kini sedang sibuk […]

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Protege Siapakah Yang Paling Otai?

Program realiti Mentor Otai ini telah pun memulakan konsert pertamanya dengan menampilkan nyanyian yang cukup mantap daripada protege masing-masing

Hiburan Fri, 3 May 2019

Dayah Bakar Teruja Pertama Kali Sambut Puasa Sebagai Isteri

Meskipun tinggal berjauhan dengan suami, dia dan suami sepakat berjumpa sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Intan Najuwa Dedah Wajah Anak, Ramai Puji Imane Lunara Comel!

Intan Najuwa kongsi wajah Anak, ramai kata persis suami

error: Content is protected !!