Euforia Bola 2026
Filem By: SGMS Faida October 18, 2019 @ 3:30pm

Rupanya Raja Ilya Dah Lama Teringin…

Heroin filem KL Vampires, Raja Ilya teruja dapat kembali beraksi dalam sebuah filem arahan Daven R.

Dalam pada itu, wanita yang kini menetap di Australia berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem ini setelah melihat jalan cerita tentang vampire yang jarang dihasilkan.

Menurut Ilya, pada masa sama dia memang berkeinginan untuk bekerja di bawah arahan Daven R. dan tawaran untuk memegang watak sebagai Ratu Citra Sari lantas diterimanya.

“Sebelum ini saya memang teringin untuk bekerja di bawah arahan Daven R. dan hampir menjayakan sebuah projek, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan.

“Kemudian apabila mendapat tawaran berlakon dalam filem KL Vampires, saya rasa tidak boleh menolaknya kerana percaya dengan hasil kerjanya yang sangat membanggakan,” ujarnya.

Jelas Ilya, apa yang membuatkan dia lebih teruja apabila pihak produksi memberitahu akan membawa kareografer daripada filem The Raid Redemption untuk terbabit dalam filem
berkenaan.

Ujarnya, kareografer yang dibawa seperti Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman yang turut berlakon dalam KL Vampires turut membuatkan dirinya kagum dan yakin filem berkenaan akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Pada mulanya saya macam tidak percaya, namun saya kagum dengan kesungguhan pihak produksi yang mahu menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan memenuhi citarasa penonton,” ujarnya.

Bagi seorang lagi pelakon utamanya iaitu Josiah Hogan pula berkata, membawakan watak sebagai vampire dan membabitkan babak aksi antara faktor utama dia tertarik membintangi KL Vampires.

Ujarnya, jarang mendapat watak utama sebagai hero juga menjadi salah satu sebab, selain mahu merebut peluang yang diberikan serta mahu mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

“Dalam filem ini saya membawakan watak sebagai Shah, seorang ketua parajurit kepada Ratu Citra Sari yang mempunyai sejarah bercinta dengan manusia.

“Selain pernah menjalinkan percintaan dengan manusia, Shah juga berperanan untuk memastikan hubungan antara manusia dan vampires sentiasa aman,” ujarnya tentang peranan yang dibawakan dalam filem tersebut.

Mengenai cabaran sepanjang penggambaran pula, melakukan babak aksi antara yang mencabar, namun bimbingan daripada kareografer banyak membantu dirinya.

“Untuk filem ini banyak babak aksi yang membabitkan diri saya, tetapi tunjuk ajar kareografer dari Indonesia yang dibawa khas ternyata memberikan saya banyak ilmu dan pengalaman.

“Misalnya, salah satu babak yang paling sukar adalah babak pertarungan antara saya dan Pablo Amirul yang menggunakan kabel elektrik,” jelasnya.

Filem KL Vampires akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula pada 14 November 2019.

Filem terbaharu yang diterbitkan oleh Cinemaya Studios Sdn. Bhd. berjudul KL Vampires, ia memaparkan sebuah kisah tentang kewujudan makhluk yang dikenali sebagai vampires ini mengganas di Kuala Lumpur.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 12 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Seindah Kasih’

Dunia media ni mencabar juga ya!

Filem Thu, 21 Mar 2019

年度鬼片恐怖指数爆表!东南亚版「鬼修女」来袭

被誉为东南亚版「鬼修女」的年度鬼片《Eerie》将于3月28日全马惊悚上映!

Featured Fri, 10 Oct 2025
Filem Fri, 21 Dec 2018

Binge-Watch JinnyBoy’s Latest 4-Episode Series on tonton!

The love story is modern and maybe a tad bit cynical.

Filem Sat, 11 Aug 2018

TWICE Will Be Showing Their World Tour in Cinemas Soon

It’ll feel as though you are right there, watching them live.

Filem Fri, 7 Sep 2018

BTS to Perform Live on America’s Got Talent

The date falls on RM’s birthday too!

Filem Mon, 20 Nov 2017

江家荣让志祥屁股开花!李承运摆款吓坏林绿?

ntv7全新电视剧《娘惹相思格》日前为宣传海报进行拍摄工作,一众演员包括吴俐璇、林宇中、江家荣、陈意遐、林绿以及李承运在拍摄空档期间,接受媒体访问。久违多年回归电视圈拍摄的江家荣,坦言这次拍摄几乎80%的演员都是第一次合作。

Filem Thu, 28 Nov 2019

电视动画《Ejen Ali》首度搬上大荧幕!现已全马正式上映

马来电视动画《特工阿里》三年前在TV3播出后备受欢迎,如今更是首度搬上大荧幕,于我国、新加坡和汶莱共160家电影院同步上映!

error: Content is protected !!