Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom June 11, 2018 @ 9:00am

Sambal Hitam Pahang, Makan Dengan Nasi Panas Memang Terangkat Habis!

Sambal hitam merupakan pembuka selera yang cukup dikenali di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.

Antara bahan terpenting untuk membuat sambal hitam ialah belimbing buluh yang rasanya sangat masam. Bahan wajib yang perlu diawet supaya tahan lebih lama ini banyak tumbuh di kampung dan sesuai sangat dengan iklim di Malaysia termasuk di negeri Pahang itu sendiri.

Sesuai dimakan dengan nasi untuk penambah selera anda, dicicah dengan ubi rebus juga sangat sesuai serta dicicah bersama lempeng, cekodok atau cucur untuk minum petang bersama dengan keluarga. Malah, cekodok yang tak sedap tadi akan jadi lebih sedap kalau ia cicah dengan sambal hitam, terliur mendengarnya!

Apa tunggu lagi, jom buat Sambal Hitam Pahang!

Resepi Sambal Hitam Pahang

Hidangan : 4 orang

Penyediaan bahan : 20 minit

Tempoh memasak : 4 jam

Bahan untuk membuat sambal hitam

– Belimbing buluh ikut banyak mana yang anda mahu

– Garam secukup rasa

– Bahan untuk membuat sambal hitam

– 10 tangkai cili padi, kalau suka pedas boleh tambah lagi

– 1 genggam ikan bilis

– 3 ulas bawang besar

– 1 sudu besar asam belimbing buluh

– Garam secukup rasa

– Sedikit kunyit (terpulang pada citarasa anda)

Cara membuatnya :

– Cuci buah belimbing buluh sebersihnya.

– Masukkan ke dalam kuali.

– Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri.

– Masukkan garam.

– Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus) lebih kurang 3 jam.

Kaedah membuat sambal

– Basuh dahulu semua bahan sebersihnya.

– Rendam ikan bilis dalam air seketika (3 hingga 5 minit)

– Tumbuk cili padi, bawang besar dan ikan bilis hingga separa lumat.

– Kemudian masukkan asam belimbing dan tumbuk lagi hingga bahan-bahan tersebut sebati.

– Panaskan minyak dan masukkan sedikit kunyit.

– Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali.

– Tumis hingga garing.

– Masukkan garam secukup rasa.

Nota resipi

Untuk membuat Asam Belimbing Buluh, jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ianya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama.

Asam ini bolehlah disimpan di dalam bekas dan boleh digunakan untuk tempoh yang sangat lama.

Sekiranya anda kurang pasti, tak usah gusar kerana anda boleh merujuk lampiran video di bawah. Langkahnya sama cuma resipi saja yang berbeza.  Selamat mencuba!

Sumber: YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 24 May 2020

Segarkan tekak tetamu, laici lemon madu minuman wajib pada Hari Raya

Selain menyejukkan tekak, air laici lemon madu banyak khasiatnya

Acara Mon, 28 Feb 2022

Tampung Pelajar Tahfiz & Warga Emas, Ustaz Jafri Abu Bakar Jual Susu Kambing

Pendakwah selebriti, Ustaz Jafri Abu Bakar @ Mahmud tampil dengan inisiatif untuk mengusahakan produk susu kambing berperisa, Faa-iz bagi menampung kelangsungan pelajar tahfiz dan warga emas di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah. Dengan perbelanjaan […]

Eat Travel Thu, 13 Feb 2020
Eat Travel Tue, 15 Jan 2019

Machu Picchu kini menggunakan sistem tiket baharu yang ketat untuk mengelakkan kesesakan

Perubahan adalah perlu untuk memelihara tapak warisan dunia ini.

Eat Travel Thu, 27 Dec 2018
Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Tue, 9 Oct 2018

7 Aplikasi Mudah Alih Yang Berguna Untuk Pelancong Muslimah Solo

Bila berseorangan, kena hati-hati jadi aplikasi ini pasti akan memudahkan kerja.

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Eat Travel Sat, 17 Nov 2018
error: Content is protected !!