Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 12, 2018 @ 4:35am

Sampai Bila Nak Meratap Nasib?

Selepas disahkan menghidap kanser limfoma tujuh tahun lalu, hidupnya terus berubah. 

Mahu atau tidak, dia percaya ujian yang menimpa dirinya bukanlah sebagai hukuman namun sebagai tanda kasih Allah kepada hambanya.

Penyanyi yang mula meningkat naik dengan lagu Niat ini mengaku dia laman Instagram, dia malu untuk berjumpa orang ramai kerana bimbang penderitaanya dihidu.

“ Separuh daripada hidup saya menahan sakit. Tapi sampai bila nak meratap nasib kan?,” tulisnya.

Tambah Elyana, status yang dimuatnaik bersama gambar yang diambil empat tahun lepas itu memperlihatkan keberaniaannya untuk berada di tempat awam.

“Masa ni rambut saya tinggal rambut depan je. Habis botak sebab Chemotherapy.

“Masa ni saya terlalu down dengan nasib dan kehidupan saya.Takut nak keluar rumah, sebab takut orang tau saya sakit.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada sebuah program realiti nyanyian.

Kami doakan Elyana menemui kekuatan untuk terus berlawan dengan kesakitan. Semoga segalanya dipermudahkan. Insha Allah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Adik, Jom Balik! Lama Dah Awak Duduk Dalam Wad” – Belum Sebulan Dilahirkan, Anak Kedua Ain Edruce Alami Jangkitan RSV

Ain sedih melihat anak kecilnya itu yang dilahirkan tidak sampai sebulan namun perlu menjalani rawatan akibat jangkitan tersebut.

Featured Thu, 12 Jan 2023
Filem Tue, 26 Jul 2022

Bakal Menemui Penonton 28 Julai Ini, Ini Fakta Menarik The Doll 3

Filem seram The Doll 3 akan mula ditayangkan pada 28 Julai 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Menariknya, filem tersebut menampilkan patung seram yang dihasilkan dengan menggunakan konsep animatronics. Penggunaan animatronics menjadikan patung lebih kelihatan […]

Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 15 Apr 2019
Featured Tue, 5 Apr 2022

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bella berehat dari dunia media sosial sepanjang bulan Ramadan

error: Content is protected !!