Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 6, 2023 @ 5:59pm

Ulas Isu Video Lucah Artis Tersebar… Zaki Yamani Berhati-Hati Pilih Kawan, Jaga Batas Dengan Peminat

Ekoran penyebaran banyak video tidak senonoh artis di laman sosial, penyanyi remaja, Zaki Yamani, 17, menyifatkan selebriti yang terpalit dengan isu tersebut melakukan kesilapan dalam pergaulan.

Bimbang diri terjerat dalam kontroversi tersebut, anak artis legenda, Datuk Jamal Abdillah ini lebih berhati-hati dalam memilih rakan-rakan.

“Kita perlu elak melakukan perkara yang negatif. Kena bijak cari kawan. Kalau nak berkawan, kena kawan dengan orang yang baik-baik sahaja.

“Atuk saya selalu pesan. Kalau kita busuk, kita kena kawan dengan orang yang wangi barulah kita pun akan turut wangi juga,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, pelantun lagu Percayaku itu turut memberitahu dirinya kini menjaga batas dengan peminat agar tidak terdorong melakukan perkara yang tidak diingini.

“Kena jaga batas dengan peminat juga. Saya pernah lalui waktu buat content semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, saya sering kena serbu dengan peminat.

“Sekarang, saya kurang buat content macam dulu tu, saya hanya kongsi gambar-gambar sahaja di Instagram,” ujarnya.

Zaki ditemui XTRA semasa sambutan majlis ulang tahunnya di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya, semalam.

Sementara itu, bertanya lanjut mengenai persiapannya bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Zaki sibuk menghadiri kelas tuisyen dan lebih banyak meluangkan masa dengan melakukan ulang kaji.

Meskipun masih menerima undangan menjayakan persembahan ketika ini, dia enggan meneruskannya kerana menganggu jadual belajarnya.

Lebih-lebih lagi, baru-baru ini Zaki dilamar oleh pihak Istana Brunei untuk membuat persembahan di negara itu selama sepuluh hari.

Zaki bagaimanapun terpaksa menolak undangan tersebut dengan berat hati walaupun ia dilihat sebagai satu peluang terbaik bagi melonjakkan namanya.

“Saya ada dapat tawaran menyanyi di Istana Brunei, tetapi waktu tu saya ada percubaan SPM. Saya tak dapat pergi sebab saya nak tahu bentuk soalan SPM macam mana… Akhirnya saya buat keputusan untuk cancel terus,” jelasnya.

Agak menyesal dengan penolakan tersebut, Zaki lebih utamakan peperiksaan percubaan SPM.

Dalam perkembangan lain, Zaki bakal menghadiahkan sebuah lagu baharu bertajuk Mati Rasa yang dikeluarkan hujung Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 May 2020

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Buat yang bakal menduduki peperiksaan..

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Izreen Azminda Kahwini Suami Orang Peminat Bengang

Izreen yang dikatakan bakal membuat pengumuman khas mengenai status perkahwinannya dengan Uda merupakan suami orang

8TV Thu, 1 Dec 2022
Trending Mon, 30 Jul 2018

Rancang Ke Lombok? Tangguh Dulu!

Rakyat Malaysia yang kini berada di Lombok pula diminta untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengetahui perkembangan lanjut keadaan di sana.

Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Trending Sat, 24 Nov 2018

Ouch! Gara-Gara Batang PVC Tersangkut Di Kemaluan, Warga Emas Dikejar Ke Hospital

Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari.

familuv Fri, 27 Sep 2019
Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Events Sun, 24 Nov 2019

《搭错车》音乐剧挑战「高」难度!第26场温馨落幕

改编自1983年轰动一时的同名电影巨作《搭错车》音乐剧巡演在跑了11个城市后,第26场于昨日(23日)在马来西亚圆满落幕!

error: Content is protected !!