Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2026 @ 10:00am

“Saya Harap Tangan Yang Saya Pegang Nanti Masih Tangan Awak” – Izzue Islam Titip Ucapan Penuh Emosi Buat Isteri Sempena Hari Lahir

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan istimewa buat isteri tercinta, Awin Nurin sempena ulang tahun  kelahirannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di TikTok, Izzue berkata, dia berusaha merealisasikan permintaan ringkas isterinya yang hanya mahu menunggang kuda sebagai hadiah hari lahir.

“21 Jun. Awin minta nak naik kuda je untuk hadiah hari jadi dia. Jenuh juga mencari, tapi Alhamdulillah… Allah permudahkan semuanya. Selamat Hari Lahir, sayang @Awin Nurin ,” katanya.

Lebih mencuri perhatian, Izzue sempat berkongsi fasa sukar dalam kehidupannya sepanjang perkahwinan sekali gus berharap isterinya itu akan tetap selalu ada di sisinya.

“Saya tak tahu berapa lama lagi Allah akan pinjamkan awak untuk saya. Tapi satu benda yang saya nak awak tahu…Kalau suatu hari nanti rambut kita sama-sama memutih, muka kita sama-sama berkedut, dan langkah kita dah tak sekuat hari ini… Saya harap tangan yang saya pegang nanti masih tangan yang sama saya pegang sekarang. Tangan awak,” luahnya.

@izzueislam 21 Jun. Awin minta nak naik kuda je untuk hadiah hari jadi dia 😅 Jenuh jugak mencari, tapi Alhamdulillah… Allah permudahkan semuanya. Selamat Hari Lahir, sayang @Awin Nurin ♬ original sound – Izzue Islam

Meskipun diuji dengan kehadiran cahaya mata, namun Izzue bersyukur dikurniakan isteri yang kaut semangat dan tidak mudah menyerah kalah.

“Kami diuji belum ada anak. Tapi sepanjang perjalanan ini, awak tak pernah jadikan ujian sebagai alasan untuk menyerah. Sebaliknya, awak memilih untuk terus bertahan, terus percaya, dan terus berjalan bersama saya

“Mungkin saya tak selalu tunjuk, dan mungkin saya tak pandai meluah dengan kata-kata, tapi setiap hari, saya bersyukur kerana Allah memilih awak untuk menjadi teman hidup saya.

“Bila saya tengok awak ketawa menunggang kuda di tepi pantai ni, hati saya cuma ada satu doa…”Ya Allah, bahagiakanlah wanita ini sebagaimana dia telah membahagiakan hidup aku selama ini. Selamat Hari Lahir, cinta hati saya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Apr 2018

Ini 6 Penyebab Kulit Berkedut Yang Anda Takkan Sangka

Anda boleh pakai krim rawatan kedutan tapi kenapa nak merawat kalau anda boleh mencegah?

Hiburan Fri, 8 May 2026

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Trending Sun, 15 Nov 2020
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Perkembangan terkini kes pembunuhan Along Spoon sekitar tahun 1999

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Gara-gara Backup Neelofa, Elfira Loy Gaduh Dengan Peminat?

Muat naik menerusi instagram milik Lofa itu nyata mendapat respon pelbagai pihak yang rata-ratanya mempersoalkan keberkesanan ubat tersebut. Dan, selebriti terkenal Elfira Loy juga tidak terlepas memberikan pendapat beliau mengenai isu ini. 

Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

APLIKASI SHAZAM KINI BERSAMA APPLE

Lepasni, kesemua pengguna dan penggemar jenama Apple dan Shazam boleh memuat naik terus lagu-lagu kegemaran mereka sepantas yang mungkin

error: Content is protected !!