Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 27, 2023 @ 3:45pm

“Saya Masih Bujang Sebab Terlampau Tegas, Tak Ramai Lelaki Sukakannya” – Inspektor Sheila

Pegawai polis wanita yang tular dikenali sebagai Inspektor Sheila mengakui dia masih bujang dan belum berpunya selain memiliki percakapan dalam nada tegas.

“Saya masih bujang kerana terlampau tegas…tidak banyak lelaki sukakannya (tegas). Suara saya memang begini … cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini memang tegas orangnya.

“Ketua saya selalu menghantar saya untuk memberikan ceramah, saya sudah berkhidmat dari tahun 2017 hingga tahun 2022. Berapa banyak ceramah dalam bahasa Inggeris, berapa banyak dalam bahasa Melayu yang saya berikan.

“Cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini dia memang orang yang suka ikut prosedur. Saya bukan seorang yang suka cakap mengarut.

“Saya tidak ambil rasuah, tidak akan berkompromi untuk mengurangkan seksyen dalam tuduhan tetapi banyak orang cuba merasuah saya,” katanya.

Pada Isnin, Sheila mengaku tidak bersalah mengugut seorang wanita berusia 69 tahun, dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan berkata: “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sheila turut membuat pengakuan sama terhadap tuduhan menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak, dengan maksud mengaibkan kehormatannya, juga mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kesemua pertuduhan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Mon, 21 Jan 2019

Fazura Buktikan Kepada Peminat Dia Mampu Menyanyi Secara LIVE!

Elmina Lakeside Konsert meriah dengan kehadiran Fazura dan Fattah

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Featured Sun, 25 Dec 2022
Trending Mon, 21 May 2018

‘Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka’

Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bakal Bertunang, Kali Ini Joy Revfa Pilih Pelakon

Dah ‘terjodoh’, nak buat macam mana.

Trending Thu, 24 Jan 2019

Kerajaan benarkan syarikat bas naikkan tambang sebanyak 10 peratus sempena Tahun Baru Cina

Jika anda merancang untuk beli tiket balik kampung, jangan terkejut.

error: Content is protected !!