Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2022 @ 6:48pm

“Saya Memang Serius & Lantang Bersuara…” – Bawa Watak Komedi, Hattan Tak Kisah Digelar Pelawak

Penyanyi otai, Datuk Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, tak kisah sekiranya digelar pelawak selepas membintangi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

Bagi pelantun lagu Biso Bonar itu, karakter lawak dalam filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu hanya sekadar lakonan.

Menurut Hattan, ia tidak menjejaskan prinsipnya yang gemar menegur dan lantang bersuara mengenai pelbagai topik di media sosial.

“Saya tak kisah orang nak cakap apapun kerana lakonan tetap lakonan. Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa.

“Sebelum ini, menerusi filem Selubung pun saya bawa watak komedi. Kali ini, filem Gadis Jolobu The Movie juga bergenre komedi ringan untuk menghiburkan penonton,” katanya.

Bergandingan dengan Khir Rahman dan Joey Daud selaku teraju utama, Hattan senang bekerjasama dengan pelakon dan tenaga produksi filem Gadis Jolobu The Movie.

“Saya tak ada masalah mendapatkan keserasian bersama dua lagi teraju utama, Khir dan Joey.

“Senang bekerjasama dengan mereka walaupun mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. Mereka adalah pelakon profesional.

“Hanya watak saya sahaja yang pekat bertutur dengan dialek Negeri Sembilan, namun, Khir dan Joey pula mengikut tuntutan skrip kerana mereka digambarkan membesar di luar dan baru pulang ke kampung halaman.

“Joey suka buat lawak spontan, tetapi masih tidak lari daripada dikehendaki skrip filem. Bagaimanapun, cabaran tetap ada. Kami berdepan dengan cabaran dari segi cuaca tidak menentu.

“Ketika penggambaran cuaca panas terik, tetapi tiba-tiba hujan dengan lebat hingga penggambaran terpaksa dihentikan.

“Walaupun filem ini diarahkan oleh CL Hor, seorang sutradara bukan Melayu, saya tidak sukar memahami kehendaknya.

“CL Hor bukan sahaja menjaga aspek lakonan dan lakon layar, namun, masih memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak.

“Insya-Allah, saya yakin filem ini akan mendapat sambutan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Saya bersyukur penonton kembali ke pawagam dengan sambutan terhadap filem tempatan selepas dua tahun berdepan era pandemic.

“Saya tak berani nak cakap dalam fasa peralihan ke endemik kerana kes COVID-19 kembali naik semula ketika ini.

“Saya berharap peminat menghormati permintaan artis untuk tidak membuka pelitup muka ketika bergambar kerana kita tidak mahu dijangkiti COVID-19 dan kes naik semula,” katanya.

Gadis Jolubu The Movie merupakan karya berteraskan dialek Malaysia yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan itu turut dibintangi anak sulung Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana, selain memperkenalkan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet, Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta dalam laman YouTube akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Fri, 25 Aug 2023

Rahsia Petua Gabungan Penyanyi Berbilang Bangsa di Malaysia

Wah, sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《比悲伤》刘以豪陈庭妮今旋风来马谢票!记下来啦~

《比悲伤更悲伤的故事》在大马「收割」650万令吉票房,剧组兑现承诺让「成全CP」刘以豪和陈庭妮来马亲自向观众谢票!

Featured Thu, 19 May 2022
Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Sharnaaz Ahmad Failkan Permohonan Nusyuz, Hanya Mahu Selamatkan Keadaan

Harap-harap boleh diselesaikan dengan cepat dan adil kepada kedua-dua pihak.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…” 

Syempoii Mamuuuu 🤣 Dengan Amelia auto jadi kucing mainecoon ek 🤣

Featured Tue, 9 Sep 2025
Drama Wed, 13 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending, Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral, & Inai Neelofa Banyak Pantang Larang?

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alamak betul ke inai Neelofa ni tak cantik? Siti Nurhaliza dakwa pernah bertemu Lailatul Qadar? 🥲🥺Min setuju drama Risik Pada Hati ni sangat meruntun jiwa 😭😭

error: Content is protected !!